Dalam Pertandingan Balet Antarabangsa Varna Ke-23 yang baru sahaja berakhir, penari Balet China memenangi 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa dan satu anugerah khas yang diberikan oleh Panel Juri. Ini merupakan prestasi terbaik yang dicapai oleh penari China dalam pertandingan yang dikenali ramai sebagai "Olimpik Balet" itu. Kontinjen China akan kembali ke negara, dan seorang juri pertandingan itu, dari Akademi Tarian Beijing (BDA), iaitu Profesor Xiao Suhua telah menyatakan pandangannya sendiri mengenai prestasi penari China dalam pertandingan tersebut dan perkembangan balet di China sekarang.
Profesor Xiao Suhua yang berusia lebih 70 tahun ini merupakan penulis drama Balet terkenal di China. Beliau memaklumkan bahawa Pertandingan Balet Antarabangsa Varna yang julung kalinya diadakan pada tahun 1964 diadakan dua tahun sekali. Ia dikenali "Olimpik Balet" kerana sejarahnya yang agak lama dan pengaruhnya yang juga besar. Terdapat 80% bintang penari tarian Balet di arena antarabangsa pernah memperoleh anugerah emas dalam pertandingan tersebut.
Beliau menghuraikan, sebabnya penari China mencapai prestasi baik seperti yang berikut. Pertama, mereka bukan sahaja menunjukkan kemahiran yang tinggi, tetapi juga memamerkan kemantapan keseluruhan. Penari China menunjukkan persembahan yang kualitinya lebih tinggi daripada penari lain baik dari segai piawaian, kualiti persembahan ataupun muzik yang digunakan.
Sebab lain adalah prestasi penari Chia yang baik dalam kategori taridra moden. Taridra moden mewakili 40% pertandingan tersebut. Jika hanya pandai mempersembahkan tarian klasik, penari sukar mencapai kejayaan. Sebelum ini, tarian moden merupakan kelemahan bagi penari China. Kali ini, tarian moden telah ditingkatkan dalam latihan penari balet China.
Selain itu, kerajaan juga menyediakan sokongan dalam bentuk dasar dan dana bagi menghasilkan inovasi serta melatih lebih ramai penari Balet yang bertaraf tinggi.
Ketika menyentuh keadaan sekarang dan prospek tarian balet di China, Xiao Suhua mengatakan bahawa sekarang, penari balet China menjadi semakin terkenal di arena antarabangsa. Kemajuan ini juga merupakan salah satu hasil pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Tetapi, beliau juga menyatakan bahawa hambatan terbesar bagi perkembangan balet di China ialah penggubahan taridra.
|