v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Galeri Istana Muzik

2008-08-07 12:53:39 CRI

Baru-baru ini, Orkestra Muzik Tradisional Rakyat Pusat China mempersembahkan konsert muzik rakyat yang istimewa di Beijing yang berjodol "Galeri Istana Muzik". Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan tentang sebahagian konsert tersebut.

Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan lagu pembukaan konsert itu yang berjodol "Gunung Awa". Karya terbaru penggubah terkenal China, Guo Wenjing ini menggambarkan pemandangan indah Gunung Awa, tempat tinggal penduduk etnik Awa di provinsi Yunnan dan adat resam tempatan yang istimewa.

Sukan Olimpik Ke-29 akan dirasmikan di Beijing pada 8 Ogos. Sukan Olimpik bukan sahaja merupakan pesta sukan, tetapi juga pesta kebudayaan seluruh dunia. Sukan Olimpik juga merupakan pentas terbaik bagi mempamerkan kebudayaan etnik yang istimewa. Konsert muzik rakyat "Galeri Istana Muzik" ini merupakan salah satu persembahan penting sempena Sukan Olimpik 2008.

"Galeri Istana Muzik" merupakan sebuah konsert muzik tradisional yang menggabungkan muzik rakyat dengan seni lukis China. Lukisan tradisi China digunakan sebagai latar belakang pentas agar penonton mengenal seni muzik dan seni lukis rakyat dengan baik.

Lagu yang sedang nikmati sekarang merupakan "Teratai dari Permukaan Air" yang dimainkan oleh Zeng Gege dengan seruling.

Lagu yang sedang diperdengarkan sekarang ialah "Luyao", gubahan terkenal pemuzik Pi Pa, Wu Yuxia. Muzik ini menggambarkan pesta nyanyian dan tarian di istana semasa dinasti Tang.

Para penggubah "Galeri Istana Muzik" mengutamakan muzik tradisional rakyat moden, memperluas fikiran penggubahan muzik rakyat dan juga menyerap banyak unsur muzik moden barat. Antaranya, lagu yang berjodol "Perkahwinan Tikus" merupakan lagu yang paling menonjol. Lagu ini digubah daripada cerita rakyat dengan diberi wajah baru. Kumpulan tikus membincangkan cadangan untuk mengahwinkan anak perempuan mereka, akhirnya memutuskan untuk memilih tikus yang paling kaya sebagai menantu. Tetapi tanpa mereka sedari, seekor kucing menipu menjadi tikus yang paling kaya. Ketika mereka berkahwin, tikus menjadi makanan kucing.

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu yang berjodol "Mendengar Bunyi Pokok Pain".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |