v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu untuk Sukan Olimpik, "Bertemu di Beijing"

2008-08-14 13:26:40 CRI

Selamat sejahtera, saudara pendengar! Sekarang, saya akan memperkenalkan sebuah lagu Sukan Olimpik yang bercorak tradisi China. Iaitu lagu "Bertemu di Beijing" yang digubah oleh Xia Yingfeng dan dinyanyi oleh Kumpulan Penyanyi Fenghuangchuanqi.

"Di timur dunia terdapat sebuah bandar kuno, Beijing. Beijing ialah bandar baru yang bersejarah lama, dan telah meninggalkan banyak legenda. Ayah menjagamu, ibu merinduimu, dan kamu ialah tempat suci dalam hati rakyat China. Padang rumput mengangkat gelas kencana untuk mengundung rakyat seluruh dunia, Gunung yang dilitupi salji memberi Hada kepada sahabat seluruh dunia. Semua suara bertuah berharap agar kita bertemu dengan Olimpik di Beijing." Lagunya telah mencampurkan muzik tradisional China dengan muzik elektronik dengan baik dan menyampaikan harapan baik terhadap bandar Beijing serta Sukan Olimpik.

Kumpulan Fenghuangchuanqi terdiri dengan dua orang belia, iaitu penyanyi wanita Ling Hua dan penyanyi lelaki Zeng Yi. Penyanyi utamanya, Ling Hua ialah seorang gadis etnik Mongolia dari padang rumput Mongolia dalam di utara China. Suaranya tinggi dan berciri-ciri rakyat yang hidup di padang rumput. Penyanyi lelaki Zeng Yi bersuara rendah dan berat. Suara mereka saling melengkapi dan menghasilkan kesan yang lebih baik.

Ling Hua memperkenalkan lagu itu kepada kami. Dia berkata, lagu itu ialah lagu yang khusus dibuat mereka untuk Sukan Olimpik."Lagu 'Bertemu di Beijing' ialah lagu khusus digubah untuk Sukan Olimpik dalam album kedua kami. Semasa saya mendengar demonya, saya sudah tertarik. Kami menyanyi lagu itu terutamanya untuk menyampaikan lagu Sukan Olimpik yang berciri tradisi itu kepada seluruh dunia. Semasa menyanyi, kami sangat terangsang. Kami juga menyertai proses pengubahan lagu itu, dan juga merakam itu dengan teliti."

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |