v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu Utama Sukan Olimpik Beijing, "You and Me"

2008-08-19 15:49:41 CRI

Pada malam 8 Ogos lalu, upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing yang besar-besaran itu diadakan di Stadium Sukan Negara, yang juga dikenali sebagai "Sarang Burung". Lagu utama Sukan Olimpik Beijing, "You and Me" yang dipersembahkan bersama-sama oleh penyanyi lelaki Liu Huan yang terkenal di China dan penyanyi wanita Britain, Sarah Brightman yang bereputasi tinggi di seluruh dunia. Lagu itu mengharukan semua penonton di stadium itu dan juga di depan TV dengan melodi yang merdu. Lagu itu memuja kedamaian dan persahabatan dunia dengan lirik bertema "Satu Dunia, Satu Impian". Sekarang, saya akan memperkenalkan dengan perinci lagu itu kepada saudara.

Dalam lagu itu, Liu Huan dan Sarah Brightman menyanyai bahawa "Saya dan kamu sehati sejiwa, dan tinggal bersama di kampung bumi. Untuk mencapai impian, kita lalui perjalanan yang jauh dan bertemu di Beijing. Marilah, kawan, kita bergandingan tangan. Saya dan kamu dengan harapan yang sama, dan kita adalah saudara dan sekeluarga selama-lamanya. You and me from one world, we are family. Travel dream, a thousand miles meeting in Beijing. Come together, share the joy of life. Come on, friend, together hand in hand. Forever we are family."

Dengan lirik yang sangat singkat, dan melodi penuh dengan perasaan yang hangat, lagu "You and Me" menyampaikan konsep yang damai, iaitu "Seluruh orang di dunia ialah sekeluarga". Suara Liu Huan yang tinggi dan kuat digabung dengan suara Sarah Brightman yang bening dan merdu telah mengharukan semua orang yang mendengar lagu itu.

Semasa memperkenalkan lagu itu, penggubah melodi dan lirik lagu itu, Chen Qigang menyatakan, lagu "You and Me" bermaksud kedamaian dan keharmonian. Kerana, dalam pandang tradisional orang China, "He" itu sangat penting, dan bersifat kedamaian dan keharmonian. Ini bukan sahaja harapan rakyat China, tetapi juga lambing semangat Olimpik dan kemahuan rakyat seluruh dunia.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |