Dalam upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing, ketika wakil atlet dan pengadil melafazkan ikrar dan kumpulan burung merpati berterbangan, kesemua penonton di Stadium Negara Sarang Burung mendengarnya dengan tenang. Sebuah lagu yang merdu berkumandang dalam Sarang Burung. Lagu mesra berbahasa Mandarin dan Inggeris ini mengharukan semuanya. Dalam rancangan kali ini, kami akan memperkatakan tentang lagu ini yang berjodol "Angkasa" digubah oleh Yin Qing dan Zhu Zejun dan dinyanyikan oleh Tan Jing.
Dalam lagu itu bait-bait lirik dinyanyikan, "kita bertemu di sini. Kulit berwarna yang lain mempunyai kegemilangan yang sama. Kita memberikan sorakan kepada juara dan mengharukan seluruh dunia. Kita mempunyai impian yang sama. Marilah kita berganding bahu dengan tulus hati. Marilah kita menghulurkan tangan untuk mewujudkan impian itu agar api obor Olimpik dalam hati kita menyinari angkasa yang damai. All the people come together, and hand in hand. Share the same dream. Let the holy fire light up the sky. The sky of peace forever."
Lagu ini menggabungkan unsur muzik bangsa China dengan unsur muzik dunia dengan baik, menggambarkan keluarga manusia yang harmoni dan mesra. Seolah-olah setiap not lagu dikeluarkan dari dalam lubuk hati kita. Suara nyanyian Tan Jing mengharukan setiap orang.
Acara simbolik, menerbangkan burung merpati merupakan salah satu tumpuan yang paling menarik dalam majlis perasmian Sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik Antwerp, Belgium pada tahun 1920, burung merpati secara simbolik diterbangkan buat kali pertama sebagai simbol harapan manusia terhadap perdamaian. Selepas itu, simbolik menerbangkan burung merpati menjadi program tetap dalam majlis perasmian setiap sukan. Tuan rumah sukan Olimpik juga perlu menggambarkan saat yang murni ini dengan cara yang istimewa.
Dalam majlis perasmian Sukan Olimpik 2008, dengan iringan lagu "Angkasa" yang merdu, 100 orang gadis yang memakai pakaian putih menyilangkan lengan dan mengayunkan tangan, seperti burung merpati mengembangkan sayapnya. Lebih 10,000 orang atlet dan lebih 90,000 orang penonton di Sarang Burung juga mengikuti gerakan ini. Setiap orang mengangkat tangan dan menerbangkan burung merpati dalam lubuk hati.
Walaupun tidak menyanyikan lagu itu di Sarang Burung pada 8 Ogos, tetapi dapat menonton persembahan yang menarik ini di depan televisyen, menjadikan Tan Jing terharu. Katanya, penyertaan melahirkan kebanggaan. Usaha setiap orang dalam bentuk yang berbeza melahirkan kebahagiaan.
"Ketika menonton persembahan ini, saya berasa kagum. Saya berpuas hati, berasa sebagai satu penghormatan dan amat bangga, kerana lagu saya berkumandang dalam majlis perasmian, dan suara rakyat China yang mencintai dan mengharapkan perdamaian dapat didengar seluruh pelusuk dunia."
Angkasa mewakili keluarga bersama bagi manusia. Ketika burung merpati terbang ke angkasa, ia juga menjadi harapan manusia terhadap perdamaian, kesentosaan dan perpaduan. Angkasa semasa itu menjadi angkasa bersama bagi manusia. Di bawah angkasa ini, kita bergandingan tangan dengan tulus hati.
Tan Jing berkata, untuk menyampaikan bahagian bahasa Inggeris dalam lagu ini dengan lebih baik, beliau mempelawa seorang pengajar bahasa Inggeris daripada Universiti Bahasa-bahasa Asing Kedua Beijing dan seorang teman Britain untuk membantunya dalam sebutan.
"Saya ingin menyampaikan keghairahan rakyat China yang ramah tamah dan mencintai keamanan. Selamat datang ke Beijing, temanku dari seluruh dunia. Saya fikir, Sukan Olimpik bukan sahaja temasya sukan, tetapi juga pesta bagi pelbagai negara seluruh dunia untuk saling mengenal dan menjalin hubungan persahabatan. Saya harap Sukan Olimpik kali ini dapat berakhir dengan jayanya. Saya juga harap atlet negara kami mencapai prestasi yang baik. Kami menggalakkan Sukan Olimpik dengan nyanyian kami."
Saudara pendengar, sekarang marilah kita hanyati sekali lagi bait-bait lirik lagu yang hangat dalam irama yang merdu.
|