v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu-lagu Sukan Olimpik

2008-08-26 18:07:03 CRI

Salam sejahtera, saudara pendengar. Dalam ruangan kali ini, saya akan memperkenalkan sebuah lagu yang khusus diciptakan untuk Sukan Olimpik Beijing. Iaitu, lagu "Kamu Paling Hebat".

Lagu yang akan diperkenalkan hari ini ialah lagu "Kamu Paling Hebat" yang dicipta oleh penyanyi terkenal Malaysia, Tan Kheng Seong, yang juga dikenali dengan nama "A Niu".

"Kamu Paling Hebat" berbeza dengan lagu Sukan Olimpik lain yang perkasa. Lagu itu agak lucu liriknya, dan bergabung dengan unsur persembahan tradisional China, iaitu lawak jenaka, untuk bersorak terhadap atlet-atlet yang menyertai pertandingan Sukan Olimpik.

Lagu itu dimulakan dengan dialog lawak jenaka. Lawak jenaka ialah semacam kesenian bahasa tradisional China. Lawak jenaka dilakukan bersama-sama oleh dua orang. Satu orang ialah pemain Lawak jenaka utama, yang menceritakan jalan cerita lawak jenaka, dan satu lain ialah orang yang membantu pemain utama untuk menyempurnakan . dalam lagu itu diciptakan untuk menarik perhatian para pendengar dan menjelaskan isi kandungan utama lagu itu. "Kita berusaha bersama-sama untuk mencapai bahagia. Kita hebat!" Lawak jenaka itu dilakukan oleh Tan Kheng Seong bersama dengan pemain lawak jenaka terkenal China, Guo Degang.

Nama lagu bahasa Mandarin itu "Ni Zui Niu". Tan Kheng Seong menjelaskan, "Niu" itu ertinya "hebat". Dia memaklumkan latar belakang penciptaan lagu itu kepada kami. "Dalam pertandingan Sukan Olimpik, semua penonton akan bertapak tangan dan bersorak untuk atlet yang meminati. Saya selalu ingin mencipta sebuah lagu yang namanya 'Bertepuk Tangan'. Namun, selepas saya dating ke China, saya baru tahu kata 'Niu' itu ertinya 'hebat'. Dan dalam namaku 'A Niu' juga terdapat kata 'Niu'. Maka, saya ingin mencipta lagu 'Kamu Paling Hebat' itu untuk bersorak kepada atlet, dan lagu itu sangat bercirikan China."

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |