v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Janji Pemuda

2008-09-04 16:17:34 CRI

Baru-baru ini, dengan persembahan malam besar-besaran yang berjodol "Janji Pemuda", Minggu Kesenian Pemuda Antarabangsa China selama 12 hari berakhir. Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan tentang sebahagian persembahan malam itu kepada saudara.

Tarian gembira yang berjodol "Kampung Halaman yang Berwarna-warni" memulakan persembahan malam itu. Pemuda yang memakai pakaian etnik minoriti China Menari dengan gembira. Mereka memuji kampung halaman yang indah permai dan menghargai kehidupan yang bahagia.

Sebagai salah satu aktiviti kebudayaan "Bertemu di Beijing 2008", Minggu Kesenian Pemuda Antarabangsa China merupakan aktiviti pertukaran kebudayaan besar-besaran yang bertemakan pemuda di China. Seramai hampir 2000 orang pelajar dan seniman muda dari Amerika Syarikat, Britain, Sepanyol, Kanada, Jepun, China, Hong Kong, Makau dan Taiwan berkumpul dan memperlihatkan kebolehan kesenian masing-masing. Walaupun mereka dengan budaya dan warna kulit yang berbeza-beza, tetapi mereka mempunyai keghairahan dan impian yang sama.

Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan lagu Sukan Olimpik "Marilah Kita" yang dinyanyikan oleh Wu Tong. Lagu ini menyampaikan hasrat rakyat China terhadap Sukan Olimpik dan harapan mereka untuk melihat sendiri impian itu menjadi kenyataan.

Minggu Kesenian Pemuda Antarabangsa mengandungi 14 persembahan, termasuk drama tarian simfoni kerjasama China-A.S. "Carmina Burana", drama tarian moden Sepanyol "Don Quixote" dan drama terkenal Willian Shakespeare "Pedagang Venice". Sejak dirasmikan, Minggu Kesenian Pemuda Antarabangsa China telah menarik perhatian yang luas antara pelbagai aktiviti kebudayaan Beijing.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah "Bertuah" yang dinyanyikan oleh Zu Hai.

Lagu yang sedang ke udara sekarang merupakan "Salam terhadap Beijing" yang dinyanyikan oleh Li Guyi. Lagu ini menyampaikan salam rakyat China terhadap Sukan Olimpik dan bandar Beijing.

Lagu yang didendangkan sekarang merupakan "Sahabat Abadi".

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu gubahan pemuzik terkenal A.S., Gary Malkin yang berjodol "Do You Remember". Lagu ini mengingatkan semua manusia agar mencintai kehidupan dan menghargai nyawa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |