v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Konsert "Gabungan Sempurna"

2008-09-16 15:40:18 CRI

Dalam ruangan kali ini, saya akan memperkenalkan konsert "Gabungan Sempurna" yang menggabungkan Sukan Olimpik dengan Sukan Paralimpik Beijing.

Pada selang waktu antara Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Beijing, sebuah konsert yang bernama "Gabungan Sempurna" di Beijing diadakan. Konsert itu mengumpulkan sejumlah besar ahli muzik dan artis orang kurang upaya yang terkenal di dunia. Mereka bersama-sama memberi sebuah pesta muzik kepada penonton dan mengalu-alukan penyelenggaraan Sukan Paralimpik Beijing.

Lagu pertama ialah lagu "Follow Your Heart" yang bercorak Rock&Roll. Lagu itu dinyanyi oleh penyanyi A.S. Sheila E. Sheila ialah salah seorang penyanyi wanita yang paling popular di A.S. dan pantai dengan lagu yang bercorak Rock&Roll dan Jazz.

Pihak penganjur konsert ini mengundang ramai ahli muzik dan artis orang kurang upaya yang terkenal di dunia. Mereka berusaha menjadikan konsert ini sebagai tali antara Sukan Olimpik dengan Sukan Paralimpik Beijing.

Berikutnya, kita akan mendengar lagu "Berbunyinya Burung dan Serangga" yang dipersembahkan oleh artis buta China, Tian Shan dengan alat muzik tradisional China.

Soprano wanita buta terkenal Britain, Denise Leigh juga menyertai pesta muzik itu. Beliau mempersembahkan aria "Caro Nome" dalam opera Verdi "Rigoletto". Beliau mempunyai kebiasaan yang istimewa, iaitu menyanyi dengan kaki telanjang?Beliau memaklumkan, sebagai orang buta, beliau berharap untuk merasa getaran lantai pentas untuk merasai dialog antara lantai dengan hati.

Pihak penganjur memaklumkan, selepas dipersembahkan di Beijing, konsert "Gabungan Sempurna" juga akan dipersembahkan di beberapa bandar lain di China, antaranya Wuhan, Shenzhen dan Guangzhou. Sebahagian pendapatannya akan didernakan kepada kawasan bencana gempa Sichuan dan Sukan Paralimpik Beijing. Pihak penganjur juga merakam lagu tema konsert "Make Them Believe" dalam dwibahasa, bahasa Mandarin dan Inggeris. Pada akhirnya, silalah kita sama-sama menikmati lagu tema itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |