Pada malam 11 September lalu, Kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya China mengadakan persembahan mega drama muzik dan tarian "Impianku" di Beijing. Artis orang kurang upaya membawa penonton memasuki dunia "impian mereka" dan mencari makna dan nilai jiwa dengan suara dan tarian yang menarik. Maka, dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan beberapa acara yang menarik pada dalam malam persembahan tersebut.
Yang saudara akan dengar ialah sebahagian muzik tarian "Avalokiesvara Seribu Tangan". Avalokiesvara ialah penjelmaan sifat belas kasihan. Meskipun dalam tarian itu, 21 orang penari yang cacat pendengaran tidak dapat mendengar lagu, tetapi dengan pimpinan juru bahasa isyarat, mereka menghidangkan tarian tradisional yang mempesonakan, dan memperlihatkan imej Avalokiesvara yang murah hati.
Sieri drama muzik dan tarian "Impianku" yang digubah oleh Kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya China telah menjadi drama yang sangat terkenal di seluruh dunia, sejak ia dipentaskan tahun 2000. Dari tahun 2002, kumpulan itu berturut-turut mementaskan drama "Impianku" II, III dan VI. Drama itu diketahui umum dan setiga kali dipentaskan mendapat sambutan hangat. Oleh kerana tahun ini merupakan tahun Sukan Olimpik China, maka kumpulan tersebut mencipta siri drama "Impianku" V khusus meraikan temasya sukan itu. Kandungannya meliputi muzik, tarian, taridra, Opera Peking dan opera muzikal. Persembahan itu telah memperlihatkan kehebatan artis orang kurang upaya.
Lagu yang saudara dengar tadi ialah "Kod Jiwa" yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita kurang upaya, Zu Mu Lai Ti. Ini acara baru dalam persembahan kali ini.
Seterusnya, kita akan mendengar muzik tarian "Melihat Musim Bunga". Tarian itu dipersembahkan oleh 11 orang kanak-kanak cacat penglihatan.
Kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya China ditubuhkan pada tahun 1987, dan telah membuat persembahan di lebih 60 buah negara dan daerah di Asia, Eropah, Amerika, Afrika dan Oceania. Kumpulan itu juga pernah menunjukkan persembahan untuk lebih 30 orang pemimpin negara asing, dan artisnya disebut sebagai "Utusan Kecantikan dan Persahabatan" dan "Utusan Imej 600 Juta Orang Kurang Upaya di Dunia". Kali ini, untuk memperlihatkan unsur antarabangsa, kumpulan itu mempersembahkan beberapa acara tentang budaya asing, seperti tarian latin, lagu bahasa Inggeris dan muzikal terkenal. Sekarang, kita sama-sama menikmati lagu "The Phantom of The Opera" dalam muzikal "The Phantom of The Opera".
Akhir sekali, silalah saudara menikmati nyanyian beramai-ramai lagu "Seluruh Dunia Sekeluarga" daripada semua pemain.
|