v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Zhang Jigang, Pengarah Eksekutif Majlis Pembukaan Sukan Paralimpik Beijing

2008-09-24 17:00:44 CRI

Kegemilangan majlis pembukaan Sukan Paralimpik Beijing masih segar dalam ingatan kita semua. Persembahan perasmian bergenre romantik yang memberikan gambaran seperti yang terdapat dalam cerita dongeng cukup mempesonakan. Jadi, dalam program hari ini, saya membawa saudara saudari mengenali pengarah eksekutif upacara perasmian itu, Encik Zhang Jigang.

Zhang Jigang, 50 tahun, berasal dari Provinsi Shanxi di utara China. Beliau belajar menari sejak berusia 12 tahun. Lima tahun kemudian, beliau melibatkan diri dalam bidang reka tari. Sepanjang 30 tahun yang lalu, beliau telah berjaya menghasilkan 300 karya seni seperti taridra, opera, drama muzik, gerakan akrobatik dan karya tarian. Karya-karyanya telah dipentaskan di 60 buah negara dan wilayah, dan telah menerima Anugerah Pelawak Emas Antarabangsa dan Anugerah Presiden Republik Perancis. Ketika menyentuh tentang penciptaan karya, Zhang Jigang menyatakan bahawa segala peristiwa dalam kehidupan merupakan sumber ilhamnya. Katanya:"Kehidupan boleh menyuburkan seniman. Seniman pula perlu mempunyai wawasan yang jauh. Sangatlah mustahak bagi seseorang seniman untuk mengetahui tentang keindahan hidup."

Pada tahun 1994, Zhang menjadi pengarah majlis pembukaan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) Timur Jauh dan Pasifik Selatan di Beijing. Sejak itulah, beliau memulakan kerjayanya dalam bidang seni berhubung dengan OKU.

Pada tahun 2000, berkat usaha bersama dengan sebilangan seniman yang tersohor di China, Zhang Jigang berjaya menghasilkan karya tarian besar-besaran "Impianku" yang dipentaskan oleh Kumpulan Kesenian OKU China. Antara persembahan itu, ada satu program "Avalokitesvara atau Dewi dengan Seribu Tangan" yang juga dikenali dengan "Qian shou guan yin" dalam bahasa Mandarin, yang amat diminati oleh penonton dari dalam dan luar negara. Seramai 20 orang penari menunjukkan sifat murah hati melalui persembahan mereka. Disebabkan kesemua penari tersebut cacat pendengaran dan bisu, pengajar tarian mereka biasanya menunjukkan irama tarian itu menerusi bahasa isyarat. Zhang Jigang memberitahu pemberita kami bahawa semangat kesemua penari kurang upaya tersebut yang bersifat berani mencabar diri sendiri memang menyentuh hatinya.

Pada tahun 2004, tarian "Avalokitesvara Seribu Tangan" ini telah dipentaskan pada majlis penutup Sukan Paralimpik Athens, dan mendapat sambutan yang cukup hangat. Ketika memperkatakan tentang pencapaian seni OKU China, pelbagai perasaan muncul ketika. Zhang Jigang menyatakan: "Saya rasa, usaha seni OKU China mencapai hasil yang cemerlang. Kejayaan ini tidak dapat dipisahkan daripada keprihatinan dan sokongan kerajaan China. Di belakang golongan OKU, ada sebilangan besar seniman yang unggul yang memberi sokongan kepada mereka."

Upacara perasmian Sukan Paralimpik Beijing yang menjadi tumpuan Zhang Jigang sepenuh masa dan tenaganya memang mengharukan seluruh dunia.

Yang saudara saudari nikmati sekarang ialah lagu yang berjudul "Langit" yang dihidangkan oleh biduan buta tersohor, Yang Haitao pada majlis pembukaan Sukan Paralimpik Beijing. Seekor burung matahari yang terbang dari ruang angkasa Sarang Burung, Stadium Negara China, membangunkan seorang penyanyi yang tertidur dengan nyanyiannya. Yang Haitao menyampaikan lagu itu untuk mengisahkan hasrat dan juga niat di hatinya untuk mengucapkan selamat maju jaya. Zhang Jigang berkata, nyanyian Yang menarik hati beliau.

"Nyanyiannya penuh dengan perasaan semula jadi, seolah-olah menceritakan sesuatu. Suaranya memilukan perasaan pendengar. Lirik lagu itu berkata 'Walaupun dia tidak dapat melihat, tetapi dia boleh mencium kewangian bunga-bungaan dan merasai seorang gadis menemaninya. Inilah keinginannya, untuk menikmati kehidupan yang menggembirakan.'"

Selepas mempersembahkan lagu itu, Yang Haitao bercakap kepada semua penonton.

"Jika diberi tiga hari untuk melihat, saya ingin melihat ibu bapa saya dan anda sekalian."

Dalam upacara perasmian Sukan Paralimpik, penonton dihidangkan dengan persembahan yang dilakonkan oleh seniman OKU yang cukup memilukan hati. Zhang Jigang menyatakan pandangannya tentang persembahan itu.

"Persembahan perasmian bergenre romantik dan terdiri daripada babak-babak seperti yang terdapat dalam cerita dongeng. Kami berusaha gigih untuk membuatkannya sederhana, romantik dan mengharukan. Unsur nilai dan maruah ditonjolkan dalam semua rancangan persembahan tersebut."

Anda sekalian tentu takjub melihat persembahan tarian balet oleh Li Yue, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang kehilangan kaki semasa gempa bumi di wilayah Sichuan Mei lalu. Zhang memilih gadis itu untuk membuat persembahan dalam rancangan tersebut kerana ketabahannya untuk terus menjadi penari tanpa mengira kecacatannya, dan ini memang menyentuh hatinya.

Kira-kira 400 orang pelakon OKU menyertai majlis pembukaan temasya sukan ini. Untuk menjayakan upacara pembukaannya, Zhang Jigang kerap kali bertukar-tukar pandangan dengan seniman dan pelakon OKU. Pendapat mereka banyak membantu Zhang dan kumpulannya untuk menjayakan persembahan pada upacara perasmian tersebut.

Berkat usaha gigih Zhang dan kumpulannya, penonton dari dalam dan luar negara telah dihidangkan dengan satu persembahan yang sangat cemerlang. Seperti yang dipuji oleh Akhbar Sepanyol "Marca", upacara perasmian Sukan Paralimpik sungguh mengharukan. Beijing, sekali lagi bergemerlapan di pentas antarabangsa. ----Selina

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |