v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Malam Asia

2008-10-16 10:27:56 CRI

Sebagai persembahan penutup "Bertemu di Beijing pada Tahun 2008", konsert "Malam Asia" telah diadakan di Beijing. Penyanyi terkenal dari lebih 10 buah negara, termasuk China, Malaysia, Singapura, Thailand dan Jepun menghidangkan konsert yang cukup menarik. Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan tentang konsert itu.

Dalam pentas "Bertemu di Beijing pada Tahun 2008", kesenian sejagat yang beraneka ragam telah dipersembahkan di Beijing, termasuk "Malam Arab", "Malam Afrika" dan "Malam Amerika Latin". Sebagai salah satu tumpuan utama aktiviti tersebut, konsert "Malam Asia" memaparkan pemandangan indah Asia yang kuno.

Lagu yang saudara nikmati sekarang berjodol "Suatu Hari" yang dinyanyikan oleh penyanyi Thailand, Lydia.

Negara-negara di Asia yang mempunyai peradaban kuno dan kebudayaan yang cemerlang amat mengagumkan, terutamanya negara-negara di Asia Tenggara. Beberapa tahun ini, kesedaran negara-negara Asia terhadap warisan kebudayaan sendiri semakin meningkat. Pertukaran lawatan kebudayaan antara pelbagai negara Asia pula semakin kerap.

"Malam Asia" diadakan sempena majlis penutup Sukan Paralimpik Beijing 2008. Ia pula menjadi aktiviti kesenian yang penting dalam tempoh berlangsungnya sukan tersebut. Penyanyi dari pelbagai negara dan kawasan Asia memilih lagu yang memperlihatkan semangat Olimpik agar menggalakkan Sukan Paralimpik.

Lagu yang saudara nikmati sekarang berjodol "Mekar" yang dinyanyikan oleh penyanyi Taiwan, Gao Mingjun. Lagu ini mengutarakan penghormatan manusia terhadap nyawa.

Ho Quynh Huong merupakan penyanyi wanita Vietnam yang diminati ramai. Beliau memperoleh anugerah "Penyanyi Paling Popular" Stesen TV Vietnam dua tahun berturut-turut. Beliau juga mewakili negara tersebut menyertai persembahan pesta muzik antarabangsa. Berikutnya, marilah kita nikmati lagu yang berjodol "Kekasih dalam Hidup Saya".

Sebagai hidangan akhir, pemuzik terkenal Jepun, Shinji Tanimura mempersembahkan lagunya yang paling terkenal, "Bintang". Marilah kita nikmati bersama.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |