v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Muzik Biola yang Digubah Oleh Pemuzik China

2008-10-23 10:41:15 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan tentang muzik yang lalui daripada gesekan biola gubahan beberapa orang pemuzik China.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita nikmati lagu yang berjodol "Penternak" gubahan Sha Hankun. Muzik ini yang digubah pada tahun 1953 menggemakan unsur lagu rakyat etnik Mongol. Bahagian pertama muzik itu menggambarkan pemandangan indah di padang rumput. Bahagian kedua pula menjadi perbandingan dengan bahagian pertama dengan rentak yang perlahan, menggambarkan suasana yang tertulis dalam puisi pada zaman dahulu kala. Bahagian ketiga mengulangi tema bahagian pertama yang menggambarkan harapan penternak terhadap kehidupan bahagia pada masa depan. Muzik tersebut dipersembahkan buat kali pertama pada tahun 1954. Pemain biola Jepun, Takako Nishizaki merakam muzik itu pada tahun 1981. "Penternak" juga dipersembahkan di Republik Rakyat Demokratik Korea dan Finland dan menjadi minat ramai.

Itu dia tadi lagu yang menjadi pembuka pelanggang berjodol "Penternak". Seterusnya, marilah kita nikmati lagu "Rindu Akan Kampung Halaman" yang digubah oleh Ma Sicong pada tahun 1937. Lagu ini diketahui umum di China. Ma Sicong merupakan pemuzik terkenal China pada abad ke-20. Beliau berkecimpung dalam gabungan seni muzik tempatan dengan barat, menggunakan ketrampilan muzik barat memperlihatkan kebudayaan China.

Permulaan muzik itu ialah cetusan rasa yang amat sedih menggamit rindu akan kampung halaman. Irama selanjutnya seolah-olah gelodak rindu terhadap kampung halaman yang berlepas dalam sanubari. Bahagian kedua muzik itu mengimbau kenangan penggubah terhadap kehidupan pada zaman kanak-kanak. Muzik mengakhiri lagu dengan bahagian akhir yang amat sederhana.

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati irama muzik gesekan biola yang berjodol "Puisi di Pesisir". Muzik ini digubah oleh pemuzik China, Qin Yongcheng pada tahun 1962.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |