v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kumpulan Penyanyi Taiwan "Manusia" dan Album Barunya

2008-10-28 15:40:53 CRI

Salam sejahtera, saudara pendengar. Selamat mengikuti ruangan "Rentak Suka Ramai" kali ini. Dalam ruangan kali ini, saya akan memperkatakan tentang kumpulan penyanyi muzik pop Taiwan "Manusia" dan album barunya "'Manusia' dengan Teman-temannya".

Yang saudara dengar tadi ialah lagu "Cerita Cinta Shanghai" yang dinyanyi bersama-sama oleh kumpulan "Manusia" dan penyanyi terkenal Taiwan, Chyi Chin. Lagu itu bersifat agak sedih hati dan membawa pendengarnya ke dalam kecintaan yang pernah atau baru selesai. Suara kumpulan "Manusia" dan Chyi Chin agak matang dan sedih itu telah mengharukan pendengarnya.

Kumpulan "Manusia" terdiri daripada dua orang pencipta muzik pop terkenal di Taiwan, iaitu Mo Fan dan Yuan Weiren. Mereka berkenal-kenalan pada tahun 1988, ketika mereka menyanyi di restoran muzik tradisional. Kerana kedua-duanya suara sangat secocok dan menyukai lagu tradisional, maka mereka membentuk kumpulan "Manusia". Pada tahun 1991, mereka mengeluarkan album pertamanya, "Subuh Hari Burung Sewah Padang" yang mendapat sambutan hangat. Pada beberapa tahun berikutnya, mereka berturut-turut menerbitkan 4 buah album dan 2 kali merebut "Kumpulan Penyanyi Terbaik" Anugerah Lagu Pop Taiwan pada tahun 1993 dan 1994. Selepas mereka menerbitkan album ke-6nya, kumpulan itu dibubarkan, dan kedua-duanya menjadi pencipta lagu pop.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 pembentukannya kumpulan "Manusia" menerbitkan album ke-7nya iaitu "'Manusia' dengan Teman-temannya" untuk menceburi lagi bidang muzik pop. Mereka mengundang beberapa orang penyanyi yang paling terkenal untuk menyanyi bersama-sama dengan mereka dalam album itu. Maka, kita sama-sama menikmati lagu "Jangan Tangis Teman" yang dinyanyi bersama-sama dengan penyanyi Taiwan Phil Chang.

Cabaran terbesar bagi Mo Fan dan Yuan Weiren dalam album itu ialah lagu yang bekerjasama dengan kumpulan penyanyi pop wanita "S.H.E." yang paling terkenal di Taiwan sekarang, kerana Mo Fan dan Yuan Weiren merupakan pencipta lama yang pantai dengan lagu tradisional, manakala "S.H.E." merupakan kumpulan penyanyi muda yang paling diminati oleh pemuda. Corak mereka sama sekali berbeza. Namun, mereka menyanyi bersama-sama dalam lagu itu, dan memberikan pendengar perasaan yang berbeza. Marilah, kita menikmati lagu "Meninggalkan Saya".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |