Tidak seperti "Catatan Sejarah" yang disusun mengikut kronologi, "Buku Dinasti Han" merupakan buku sejarah pertama yang disusun terutamanya berdasarkan sejarah dinasti Han Barat yang bermula pada tahun 206 sebelum Masihi hingga tahun 23 Masihi.
"Buku Dinasi Han" merupakan buku sejarah yang paling penting pada Dinasti Han Timur, iaitu tahun 25 hingga tahun 220 Masihi. Penulisnya ialah Ban Gu, seorang pakar sejarah yang hidup pada tahun 32 hingga tahun 92 Masihi. Sejak kecil, Ban Gu sangat pintar dan berminat membaca pelbagai jenis buku. Disebab "Catatan Sejarah" yang ditulis oleh Sima Qian hanya mencatat sejarah hingga tahun 91 Masihi, ramai orang telah menuliskan bahagian selanjutnya untuk "Catatan Sejarah". Manakala, ayah Ban Gu, Ban Biao sama sekali tidak merasa puas hati terhadap karya tersebut. Beliau sendiri mula menulis 65 buah karya sebagai bahagian selanjutnya untuk "Catatan Sejarah". Selepas Ban Biao meninggal dunia, Ban Gu yang hanya berumur 20 tahun lebih pada masa itu memutuskan untuk menyusun karya yang ditulis oleh ayahnya dan menyelesaikan sebuah buku sejarah yang dapat disambungkan dengan "Catatan Sejarah".
Ketika penulisan "Buku Dinasi Han" baru dimulakan beberapa tahun, ada orang melaporkan kegiatan Ban Gu ini kepada Maharaja Mingdi, Dinasti Han Timur. Oleh sebab pada setiap dinasti China, mencatat sejarah merupakan sebuah kerja yang hanya boleh dilakukan oleh pihak kerajaan, dan sesiapa pun tidak berhak menyusun buku sejarah secara sendiri, maka Ban Gu segera ditangkap. Adik lelaki Ban Gu, iaitu Ban Chao telah datang ke bandar Luoyang, ibu negara pada masa itu, untuk membela abangnya, Ban Gu. Akhirnya, Ban Gu dibebaskan oleh Maharaja. Karyanya juga telah dibaca oleh Maharaja Mingdi. Maharaja sangat kagum dengan kepandaian Ban Gu dan memerintahkan beliau untuk terus menulis buku sejarah tersebut untuk kerajaan. Sejak itu, penyusunan "Buku Dinasi Han" pun dimulakan secara rasmi.
Dengan penyusunan dan pembaikan selama 25 tahun, Ban Gu berjaya menyelesaikan sebahagia besar kandungan buku sejarah itu sebelum beliau meninggal dunia. Bahagian buku itu yang tidak sempat diselesaikan oleh Ban Gu akhirnya disempurnakan oleh Ban Zhao, adik perempuan Ban Gu dan Ma Xu, rakan sekampungnya.
"Buku Dinasi Han" mengandungi 12 bahagian yang mencatatkan peristiwa para maharaja Dinasti Han Barat; 70 bahagian yang mencatatkan kejayaan para tokoh daripada pelbagai peringkat masyarakat serta keadaan etnik minoriti dan negara luar; 10 bahagian yang mencatatkan adat, undang-undang, ilmu falak, geografi dan pelbagai keadaan masyarakat. Terdapat juga beberapa judul yang berkait dengan perkara-perkara yang lain. Buku sejarah ini boleh dikatakan sangat sempura dan faktanya boleh dipercayai. Hingga ke hari ini, "Buku Dinasi Han" terus menjadi buku sejarah yang paling penting bagi pakar yang membuat penyelidikan tentang sejarah Dinasti Han Barat.
|