v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Persembahan Kumpulan Nyanyian dan Tarian Pusat Vietnam

2008-11-06 15:48:03 CRI

Pada awal Oktober lalu, Teater Negara China mengadakan minggu ekspo lagu rakyat antarabangsa 2008 di Beijing. Sebanyak 38 kumpulan kesenian lagu rakyat dari 24 buah negara dan wilayah berkumpul di Beijing. Seramai hampir 1000 penyanyi terlibat dalam 48 konsert dan persembahan lagu rakyat. Dalam ruangan kali ini, saya akan memperkatakan tentang sebahagian persembahan yang disajikan oleh Kumpulan Nyanyian dan Tarian Pusat Vietnam.

Persembahan Kumpulan Nyanyian dan Tarian Pusat Vietnam merupakan kumpulan kesenian yang paling berprestij di negara itu. Kumpulan tersebut terdiri daripada lebih 100 orang penyanyi dan pegawai. Kebanyakan mereka lepasan Institut Kesenian Hanoi Vietnam. Terdapat juga beberapa orang yang pernah melanjutkan pelajaran ke Perancis dan Rusia. Pada tahun 1957, kumpulan tersebut berpeluang menemui mendiang Perdana Menteri, Zhou Enlai semasa mereka berkunjung ke China. Berikutnya, marilah kita dengari lagu rakyat Quan Ho di Bac Ninh, Vietnam yang berjodol "Senandung La Rang". Senandung ini menggambarkan kumpulan teruna dan gadis yang menyanyi dalam perahu sempena pesta tahun baru pada musim bunga, mengutarakan perasaan mereka terhadap pekerjaan, kehidupan dan cinta.

Sebagai salah satu aktiviti kebudayaan yang dianjurkan oleh Teater Negara China, Minggu Ekspo Lagu Rakyat Antarabangsa bertujuan untuk mengumpulkan penyanyi terbaik dan lagu rakyat terbaik pelbagai negara di dunia, supaya penonton dapat menikmati warisan budaya manusia bersama-sama. Teater Negara China merancang untuk mengadakan "Minggu Ekspo Lagu Rakyat Antarabangsa" setiap dua tahun.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah "Nyanyian Nasib" yang dinyanyikan oleh Duy Thuong dan To Dyen. Lagu ini merupakan lagu rakyat provinsi Ha Nam dan menggambarkan kemurnian cinta.

Terdapat banyak lagu rakyat Vietnam yang mengutarakan falsafah cinta. Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan lagu rakyat etnik Tay yang bertajuk "Adik Perempuan". Inilah salah satu bentuk nyanyian yang paling kuno etnik minoriti Tay yang kerap dinyanyikan sempena pesta taman tahun baru, perhimpunan dan perkahwinan.

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu rakyat etnik Ngai yang bertajuk "Malam di Hutan". Bunyi alat muzik yang dibuat dari buluh menjadikan lagu ini terasa amat primitif.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |