v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Guo Feng dan Lagu-lagunya

2008-11-04 18:12:27 CRI

Guo Feng merupakan salah seorang perintis bidang muzik pop dan muzik pencitptaan sendiri di Tanah Besar China. dia mencipta dan menyanyi lagu yang perkasa dan mempengaruhi pendengar. Maka, dalam ruangan hari ini, kita sama-sama menikmati lagu-lagu terkenal Guo Feng.

Yang saudara dengar tadi ialah lagu "Penuhi Dunia dengan Cinta" yang dinyanyi bersama-sama oleh Guo Feng dengan ramai penyanyi terkenal yang lain. lagu itu dicipta oleh Guo Feng pada tahun 1986 untuk memperingati Tahun Kedamaian Dunia. Dalam "Konsert Seratus Orang Bintang Nyanyi", lagu itu juga dipersembahkan sebagai lagu tema konsert itu. Melodinya yang merdu dan perkasa itu telah mengharukan semua penonton. Guo Feng juga menjadi terkenal dengan lagu itu.

Guo Feng lahir di sebuah keluarga muzik. Dia mula belajar main piano sejak masa kanak-kanak dan lulus dari ujian Sekolah Kesenian Sichuan pada umur 13. Dia mulai berminat kepada penciptaan muzik dan mencipta lagu pertamanya "Sinar Bulan" pada umur 14. Selepas tamat dari sekolah, dia menceburi bidang muzik pop dan mulai riwayat penciptanya. Mari, kita sama-sama mendengar lagu "Sudi Hati".

Kejayaan usaha memberikan Guo Feng kesenangan dan juga tekanan besar. Untuk menjadi lebih mahir, dia pernah pergi ke Jepun dan Singapura untuk belajar penghasilan piring hitam dan penggubahan muzik computer. Dalam pelajarannya selama 8 tahun di luar negara itu, dia memperoleh pengalaman penghasilan piring hitam yang kaya. Pada tahun 1994, dia menghasilkan album "Sedar" yang diciptanya sendiri. Album itu mendapat sambutan hangat dan penilaian tinggi daripada tokoh-tokoh muzik profesional dan peminatnya. Nyanyiannya juga semakin mahir. Seterusnya, saya akan memberikan lagu "Hati Mengikuti Rasa Cinta" kepada saudara. Lagu itu dinyanyikan bersama-sama oleh Guo Feng dan penyanyi wanita Singapura Kit Chan.

Sebagai hidangan terakhir, saya memberikan lagu "We Are Friends", lagu tema Sukan Mahasiswa Dunia Ke-21.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |