v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu-lagu Baru dan Lama

2008-11-11 16:17:56 CRI

Saudara pendengar,dalam ruangan hari ini, saya akan memperkenalkan beberapa lagu popular di Tanah Besar China. Ada yang baru, ada juga yang lama. Terlebih dahulu, saya akan menghidangkan dua lagu baru, iaitu lagu "Tidak Boleh Merasai Cinta daripadamu" dan "Lagu 4 Musim Baru" yang dinyanyi oleh penyanyi wanita baru China, Zhuang Ni.

Lagu pertama yang saudara dengar tadi ialah lagu "Tidak Boleh Merasai Cinta daripadamu". Lagu itu melukiskan rasa sedih seorang wanita semasa gagal dalam kecintaan. Dalam lagu itu dia menyanyi "Dalam kecintaan ialah penipuan. Saya tidak tahu mengapa saya tetap merindukan dia. Di belakang waktu ialah bohong. Saya tidak tahu fikirannya yang asli. Saya cedera dalam kenangan, dan jalan terus dengan persendirian."

Suara Zhuang Ni agak garau dan nyaring, penuh dengan kekuatan. Lagunya dapat mempengaruhi perasaannya, kadang-kadang gembira, kadang-kadang murung. Seterusnya, kita menikmati lagu "Lagu 4 Musim Baru" yang juga dinyanyi oleh Zhuang Ni.

Berikutnya, saya akan memperkenalkan seorang penyanyi lelaki, namanya An Tao. An tao lahir pada tahun 1980-an. Dia adalah penyanyi yang mencipta lagu sendiri. Dia menganggap muzik sebagai nyawanya. Dia menyanyi bila-bila masa setiap hari dan mencari ilham dalam hidupnya. Dia memandang dunia dan menggubah lagunya dengan pandangan dan daya pemikiran pemuda, maka, lagunya bercorak bebas dan selesa, dan menarik ramai peminat.

Lagu yang diputarkan tadi ialah lagu "Turun Salji" yang dicipta oleh An Tao pada tahun 2006. An Tao menceritakan kecintaannya telah berlalu pada musim sejuk yang turun salji dengan suaranya yang merdu dan penuh perasaan.

Pada tahun 2006, seorang gadis yang menyebut dirinya sebagai "Puteri Chang'e" memuat beberapa fotonya yang cantik dan menyatakan pandangannya yang istimewa terhadap pelbagai topik yang popular di laman web. Dia segera menjadi popular di internet. Inilah Sun Yijing. Dia bukan sahaja wajahnya cantik, tetapi juga suaranya merdu dan sangat pantai nyanyi. Dia menyanyi beberapa lagu penyanyi terkenal di China seperti, Faye Wong dan Stefanie Sun dan menarik ramai peminat. Lalu, dia mengkontrak dengan Syarikat Piring Hitam Modi Beijing dan mengeluarkan lagu-lagu sendiri. Sebagai hidangan terakhir, kita sama-sama mendengar lagunya "Chang'e".

saudara pendengar

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |