v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Salam, Mekar pada Malam Ini

2008-11-13 10:17:22 CRI

Baru-baru ini, Pesta Kesenian Asia ke-10 dirasmikan di Zhengzhou, bandar tengah China.Persembahan perasmian yang berjodol "Salam, Mekar pada Malam Ini" memperlihatkan kesenian China kepada seniman pelbagai negara Asia. Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan persembahan malam tersebut.

Persembahan malam ini dimulakan dalam nyanyian lagu utama Pesta Kesenian Asia yang digubah oleh pemuzik China, Chen Xiaoguang dan Jiang Chunyang. Suara penyanyi yang merdu mengutarakan sejarah lama dan persahabatan akrab pelbagai negara di Asia.

Pesta Kesenian Asia merupakan pesta antarabangsa peringkat negara yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan China. Sejak diadakan di Beijing buat kali pertama pada tahun 1998, pesta ini sudah diadakan untuk 9 kali. Pesta ini memperlihatkan imej budaya Asia baru secara menyeluruh, menyediakan lebih banyak peluang pertukaran bagi pelbagai bentuk kesenian, dan menggalakkan pertukaran kebudayaan China dengan negara-negara Asia. Sekarang, pesta ini telah menjadi pesta antarabangsa yang terkenal di rantau Asia, dan menyediakan pentas kepada seniman pelbagai negara. Pesta Kesenian Asia kali ini bertema "Asia yang Harmoni Berkumpul di Henan".

Lagu yang saudara dengari sekarang merupakan "Semoga Sayang Kekal Abadi" yang dinyanyikan oleh Li Huizhen dan Tang Zixing. Lagu ini digubah berdasarkan puisi yang ditulis oleh Su Shi pada Dinasti Song tahun 1076. Lagu yang diminati ramai hingga kini mengutarakan perasaan yang romatik dan salam yang tulus ikhlas terhadap kehidupan.

Dalam majlis perasmian ini, seniman dari 20 buah negara dan wilayah menaiki kereta dihiasi bunga yang memperlihatkan kebudayaan dan pemandangan negara-negara di Asia. Kereta bunga yang gayanya berbeza membentuk pemandangan yang bergerak, dan menarik perhatian penonton.

Dalam persembahan malam tersebut, Lam JJ dari Singapura, Elva dan Angela Chang dari Taiwan pula menghidangkan lagu nyanyian mereka. Berikutnya, marilah kita nikmati lagu "Jiangnan" yang dinyanyikan oleh Lam JJ.

Persembahan malam tersebut berakhir dalam lagu yang berjodol "Salam, Mekar pada Malam Ini".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |