v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Konsert Kumpulan Simfoni Beijing

2008-11-20 10:28:57 CRI

Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan tentang konsert Kumpulan Simfoni Beijing sempena Musim Simfoni China Pertama.

Musim Simfoni China Pertama yang dianjurkan oleh Persatuan Ahli Muzik China telah diadakan pada hampir 10 buah bandar, termasuk Beijing, Shanghai, Hong Kong dan Makau dari bulan Mei hingga November tahun ini. Dalam tempoh itu, lebih 20 kumpulan simfoni China menghidangkan lebih 30 konsert. Semua muzik yang dipersembahkan merupakan karya pemuzik China. Aktiviti ini memperlihatkan prestasi penggubahan dan taraf permainan muzik simfoni China selama hampir 100 tahun.

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Sungai Kecil yang Mengalir" daripada karya gubahan Bao Yuankai yang berjodol "Pemandangan Kawasan Yandi dan Huangdi". "Pemandangan Kawasan Yandi dan Huangdi" digubah pada awal tahun 1990-an. Ia yang digubah bersadur irama 24 lagu rakyat di kawasan Hebei, Shanxi, Shaanxi, Yunnan, Jiangsu, Sichuan dan Taiwan, memperlihatkan kesenian lagu rakyat China yang mempesonakan dengan bentuk simfoni. "Sungai Kecil yang Mengalir" disadur daripada lagu rakyat Yunnan, menggambarkan suasana yang romantik di bawah sinaran bulan.

Kumpulan Simfoni Beijing merupakan salah sebuah kumpulan simfoni terkenal di China. Ia ditubuhkan pada tahun 1977. Encik Tan Lihua menyandang jawatan pengarah muzik sekaligus menjadi pemimpin utama. Kumpulan ini mempunyai ramai pemuzik yang berkebolehan. Kebanyakan mereka memperoleh anugerah dalam pertandingan antarabangsa.

Lagu yang saudara dengar sekarang berjodol "Pujian terhadap Salji" yang menggambarkan pemandangan kawasan yang diselaputi salji di bahagian utara China.

Berikut, kita nikmati konserto tukulan yang berjodol "Cang Cai". Ia yang digubah bersadur "Cang" dan "Cai", bunyi dua macam alat muzik dalam Opera Peking, menyanjung tinggi semangat menyelamatkan nyawa mangsa bencana dan memperlihatkan kelegaan fikiran selepas mengatasi segala mara bahaya.

Sebagai hidangan terakhir, marilah nikmati "Pesta Obor" yang menggambarkan suasana gembira apabila pemuda-pemudi menyanyi dan menari pada hari raya etnik minoriti, Pesta Obor.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |