v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu Baru dan Lama Hong Kong dan Taiwan

2008-11-11 18:37:01 CRI

Saudara pendengar, dalam ruangan hari ini, saya akan menghidangkan beberapa lagu popular Hong Kong kepada saudara.

Terlebih dahulu, saya akan putarkan lagu daripada penyanyi lelaki Malaysia, Tan Kheng Seong yang mengembangkan kerjayanya di Hong Kong.

Yang saudara dengar tadi ialah lagu "Kamu Paling Hebat". Lagu itu khusus diciptakan oleh Tan Kheng Seong untuk Sukan Olimpik Beijing 2008. Lagu ini berbeza dengan lagu Sukan Olimpik lain yang perkasa. Lagu itu agak lucu liriknya, dan bergabung dengan unsur persembahan tradisional China, iaitu lawak jenaka, untuk bersorak terhadap atlet-atlet yang menyertai pertandingan Sukan Olimpik.

Ilham penciptaan Tan Kheng Seong datang dari pemahamannya tentang kehidupan. Karyanya sederhana dan mesra, maka lagu-lagunya sering-sering membawa kegembiraan dan keharuan kepada orang. Itulah, ciri-cirinya.

Beikutnya, kita sama-sama menikmati dua lagu lama daripada penyanyi wanita Taiwan, A Sang. Pada 5 tahun lalu, A Sang menjadi popular dengan lagu "Daun". Suaranya yang garau dan penuh perasaan itu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada peminatnya. Lagu "Daun" itu menyampaikan perasaan yang murung orang yang hidup di bandar selepas mengalami perubahan kecintaan. Lagu itu pernah mengharukan ramai peminat. Silalah, kita mendengar lagu itu.

Seterusnya, saya akan menghidangkan lagu A Sang yang lain yang juga sangat popular. Lagu itu diterbitkan dalam album keduanya, "Kesunyian Menyanyi". Dalam lagu itu, A Sang telah menyatakan perasaan sunyi dalam hati orang yang hidup di bandar dengan sangat jelas dan persis. Coraknya yang murung sangat mengharukan.

Penyanyi lelaki Taiwan, Van Fan berbentuk tampan dan mempunyai mata yang penuh perasaan. Suaranya juga sangat merdu, maka peminatnya memberi nama "putera lagu cinta" kepada dia. Sebagai hidangan terakhir, kita sama-sama menikmati lagunya "I Believe".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |