v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kawasan Pinggir Bandar Beijing Semakin Menjadi Bandar

2005-11-29 14:56:34 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, pada awal tahun ini, pelbagai badan kerajaan bandar Beijing menetapkan lebih 50 dasar yang menyokong "Pertanian, Petani dan Pembangunan Desa", dan mengatur semula nisbah kawasan pinggir bandar berbanding kawasan bandar menjadi 50.1:49.9 daripada 20:80, jumlah pelaburan ditingkatkan kepada 7.7 bilion yuan dari 2.2 yuan RMB pada tahun 2003. Pada enam bulan tahun ini, pembayaran pengeluaran petani mencapai 607 yuan perkapita, meningkat 39.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Naib Datuk Bandar Beijing Encik Niu Youcheng berkata, "desa di pinggir bandar Beijing sedang maju terus dan akan mewujudkan matlamat pembangunan desa baru sosialisme."

Pertama, kaum petani bergiat mengusahakan sektor pertanian. Dimaklumkan, sejak sektor pelancongan adat istiadat rakyat pertama disediakan pada tahun 2002, sektor pelancongan yang meliputi "makan dan menginap di rumah petani desa, menikmati keindahan pemandangan alam dan adat istiadat rakyat" telah menjadi kebiasaan di kawasan pinggir bandar Beijing. Pada tahun 2004, pendapatan daripada sektor pelancongan tersebut mencapai 757 juta yuan RMB, meningkat 23.51% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Sebahagian petani menjadi kaya kerana itu.

Kedua, petani bergiat belajar teknik. Pada tahun ini, kerajaan bandar Beijing meningkatkan usaha melatih tenaga kerja di desa, dan menjadikan kerja tersebut sebagai salah satu "55 perkara yang berkaitan langsung dengan kehidupan rakyat". Pelbagai kerajaan pekan menjalankan kerja itu menurut fungsi mereka sendiri. Setakat bulan September tahun ini, berdasarkan prinsip kerajaan Beijing memberi subsidi 100 yuan RMB jika melatih seorang petani, jawatankuasa pertanian Beijing, badan kewangan Beijing dan pelbagai pekan telah melabur lebih 60 juta yuan RMB, dan menubuhkan 71 pusat latihan peringkat bandar dan 54 pusat perkhidmatan pencarian kerja.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |