v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China akan Senaraikan Keselamatan Informasi dalam Strategi Perkembangan Informasi Negara

2005-11-29 14:56:34 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Seiring dengan informasi berkembang cepat dan teknologi informasi digunakan secara mendalam dan popular, keselamatan informasi menjadi semakin penting. Wartawan dimaklumkan dalam Sidang Antivirus Antarabangsa ke-8 yang diadakan di bandar Tianjin semalam, China telah menyenaraikan keselamatan informasi dalam strategi perkembangan informasi negara China.

Naib Ketua Pengarah Pejabat Kerja Informasi Dewan Negara Yang Xueshan mendedahkan, ketika strategi perkembangan informasi negara China pada tahun 2005 hingga tahun 2020 yang diluluskan pada awal November dibahaskan dalam Sidang Kumpulan Pemimpinan Informasi China, keselamatan informasi sudah menjadi aspek yang amat penting.

Dalam masyarakat informasi kini, perkembangan informasi dan jaminan keselamatannya bercanggah. Tahap perkembangan informasi semakin tinggi, maka risiko yang dihadapi oleh keselamatan informasi semakin besar. Ancaman dan risiko keselamatan informasi semakin besar, halangan perkembangan informasi semakin mudah. Jaminan keselamatan informasi sebagai projek sistem yang rumit, China akan berusaha membentukkan sistem jaminan keselamatan yang sempurna dan berkesan, untuk memuaskan keperluan keselamatan negara dan masyarakat.

Seiring dengan teknologi informasi digunakan secara mendalam dan meluas, keselamatan Internet dan keselamatan informasi semakin penting sama seperti keselamatan ruangan fizik. Tetapi virus Komputer dapat mempengaruhi keselamatan informasi dan penggunaan teknologi informasi secara baik, maka kita mesti mementingkan masalah itu. Kerja antivirus mesti mementingkan kerjasama antarabangsa, memerlukan pakar, kerajaan, perusahaan dan rakyat pelbagai negara bersama-sama memelihara keselamatan informasi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |