v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Buah-buahan Tanpa Pencemaran Sha'anxi Terkenal di Dalam dan Luar Negara

2005-11-29 14:56:34 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, buah-buahan tanpa pencemaran yang dikeluarkan di Provinsi Sha'anxi China menempati kedudukan tinggi dalam persaingan pasaran antarabangsa yang hebat. Pada masa ini, buah-buahan Sha'anxi tersebut telah memasuki pasaran di 53 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.

Sejak tahun 2002, Provinsi Sha'anxi bermula membina pangkalan pengeluaran buah-buahan tanpa pencemaran seluas 200 ribu hektar di Dataran Tinggi Tanah Kuning, utara Sungai Weihe, dan berusaha mempopularkan teknologi baru penanaman buah-buahan demi meningkatkan kualiti buah-buahan. Para petani di Sha'anxi telah mendapat keuntungan dengan menggunakan teknologi ekologi yang baru, iaitu berkebun di samping berternak dan setiap keluarga membina satu logi gas metana. Seorang pakar pertanian Jepun selepas menjalankan tinjauan di Kaunti Luochuan, Sha'anxi berkata, di sana mereka telah mendapati kebun epal yang terbaik di seluruh China.

Pada September tahun 2003 lalu, Jabatan Am Kawalan Mutu, Pemeriksaan dan Kuarantin China telah mengesahkan pelaksanaan rancangan perlindungan pangkalan pengeluaran epal Sha'anxi. Keluasan perlindungan tersebut mencapai lebih 266 ribu hektar dan jumlah pengeluaran epal mencapai lebih empat juta tan. Epal Sha'anxi sekian hari sekian terkenal.

Ketua Pengarah Jabatan Industri Buah-Buahan Provinsi Sha'anxi Wang Zhenxing menyatakan bahawa dalam persaingan pasaran barang keluaran pertanian pada masa akan datang, sesiapa yang mempunyai kepakaran untuk mengembangkan pertanian hijau atau pertanian organik akan mendapat lebih banyak kuota pasaran. Sehingga penghujung tahun 2004, nisbah epal berkualiti di Sha'anxi telah meningkat kepada lebih 60%. Terdapat lapan jenis pangkalan pengeluaran buah-buahan di seluruh Provinsi Sha'anxi. Selain itu, 37 jenis buah-buahan sudah dinilai sebagai "makanan hijau". Keluasan pangkalan buah-buahan tanpa pencemaran di Sha'anxi mencapai 160 ribu hektar dan menduduki tempat pertama di seluruh China.

Buah-buahan tanpa pencemaran yang dikeluarkan di Sha'anxi telah memasuki pasaran antarabangsa. Pada masa ini, kebun di Sha'anxi yang sudah dibenarkan mengeksport buah-buahan berjumlah 232 buah. Dari Januari sehingga Ogos tahun ini, jumlah eksport buah-buahan provinsi itu telah mencapai 203 ribu tan dan memperolehi pendapatan sebanyak 136 juta dolar Amerika.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |