v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Laksanakan Peraturan Pengurusan Baru Tingkatkan Perlindungan Alam Sekitar

2005-11-29 14:56:34 CRI

Berdasarkan maklumat Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China baru-baru ini, kerajaan China akan melaksanakan peraturan pengurusan baru, meningkatkan tuntutan terhadap jabatan penilaian alam sekitar, meningkatkan hukuman terhadap jabatan yang memberi maklumat yang palsu agar meningkatkan perlindungan alam sekitar.

China melaksanakan sistem penilaian alam sekitar pada akhir tahun 1970-an dan mengeluarkan banyak peraturan dan undang-undang antaranya "Peraturan Perlindungan Alam Sekitar Projek Pembangunan", "Undang-undang Penilaian Alam Sekitar" dan lain-lain. Menurut maklumat pegawai Bahagian Penilaian Alam Sekitar Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China encik Lou Ping, pada masa ini, kerajaan China menuntut perusahaan atau jabatan kerajaan harus mengadakan jangkaan, penganalisisan dan penilaian terhadap penjejasan alam sekitar sebelum memulakan sesuatu projek atau rancangan dan mengemukakan peraturan dan tindakan mencegah penjejasan yang mungkin berlaku, kemudian menyediakan maklumat tersebut kepada jabatan perlindungan alam sekitar untuk ditetapkan sama ada projek atau rancangan itu boleh dilaksanakan atau tidak.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, penilaian alam sekitar telah menjadi cara penting untuk mencegah pembangunan projek baru mengakibatkan pencemaran. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China mengambil banyak tindakan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini untuk melaksanakan secara berkesan penilaian alam sekitar, antaranya mengkaji semula peraturan pegawai penilaian alam sekitar dan melaksanakan pemeriksaan terhadap kelayakan jurutera penilai. Menurut maklumat encik Lou Ping, Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China juga akan mengumumkan "Cara Pengurusan Kelayakan Jabatan Penilaian Alam Sekitar Projek Pembangunan" baru pada akhir tahun ini untuk meningkatkan pengurusan terhadap kakitangan jabatan penilaian. Beliau menyatakan,

"Pengurus perusahaan sistem saham termasuk perusahaan swasta dan perusahaan modal asing yang berkelayakan boleh memohon untuk melaksanakan penilaian alam sekitar berdasarkan peraturan 'Cara Pengurusan Kelayakan Jabatan Penilaian Alam Sekitar Projek Pembangunan'. Persaingan itu akan bermanfaat bagi menjamin usaha penilaian alam sekitar dilaksanakan dengan lancar."

Menurut encik Lou Ping, kerajaan China berharap pasaran penilaian alam sekitar China merupakan pasaran persaingan, kerajaan China menggalakkan agensi asing yang berpengalaman, mengetahui keadaan di China menyertai usaha itu, ini bermanfaat bagi meningkatkan taraf profesional jabatan China. Kerajaan China juga berharap membentuk jabatan penilaian alam sekitar yang cekap dan berkeupayaan, menutup jabatan yang taraf teknologinya kurang tinggi dan kakitangannya tidak bertanggungjawab.

Selain itu, berdasarkan "Cara Pengurusan Kelayakan Jabatan Penilaian Alam Sekitar Projek Pembangunan" tersebut, hukuman akan dijatuhkan terhadap jabatan penilaian alam sekitar yang memberi maklumat atau data-data yang palsu. Selain itu, kelayakan kerja pegawai yang menyediakan data-data yang palsu juga akan dibatalkan. Encik Lou Ping menyatakan,

"Semua pegawai di jabatan penilaian alam sekitar harus bertanggungjawab terhadap tugas mereka. Dengan demikian, laporan penilaian yang disediakan oleh mereka baru tepat dan saintifik."

----Ching

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |