v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Zon Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Xi'an Dijadikan Zon Contoh Pertama China

2005-11-29 14:56:34 Agensi Berita Xinhua China

Jabatan Pentadbiran Am Pemantauan, Pemeriksaan Kualiti dan Kuarantin China dan Suruhanjaya Pentadbiran Standard China baru-baru ini mengesahkan Zon Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Xi'an menjadi zon contoh industri teknologi tinggi pertama di China. Menurut pakar, ini menandakan penstandardan perusahaan sedang dilaksanakan dalam bidang teknologi tinggi di China dan ini akan memberi jaminan penting kepada pertumbuhan ekonomi nasional China.

Berdasarkan maklumat, pada tahun-tahun kebelakangan ini, inovasi dipertahankan dalam proses perkembangan Zon Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Xi'an, standard teknologi ditingkatkan, hasil kajian sains dan teknologi diindustrikan, standard pengindustrian yang lazim digunakan di arena antarabangsa diamalkan di zon tersebut. Kumpulan pimpinan telah dibentuk dan 19 dasar keutamaan perusahaan telah dikeluarkan untuk menjamin standard tersebut dilaksanakan di Zon Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Xi'an; sistem perkhidmatan dibentuk untuk memudahkan para pegawai mencari dengan cepat maklumat berkaitan dengan standard; sistem standard perusahaan telah dilaksanakan di 41% perusahaan di zon tersebut; standard antarabangsa atau standard maju negara lain diamalkan untuk mengeluarkan 404 barangan keluaran penting di zon itu; selain itu, ramai pegawai yang bertugas di zon tersebut sentiasa menyertai usaha mengkaji, menetapkan dan meminda standard peringkat tempatan, peringkat sektor, peringkat negara bahkan peringkat antarabangsa.

Pengarah Suruhanjaya Pengurusan Zon Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Xi'an encik Jing Junhai memaklumkan, dalam tempoh 14 tahun lalu, pegawai yang bertugas di zon tersebut pernah menyertai usaha menetapkan dan meminda hampir 50 standard peringkat antarabangsa, standar peringkat negara dan peringkat sektor. Pada masa ini, pegawai yang bertugas di puluhan peruasahan bertanggungjawab mengkaji dan menetapkan 45 standard, pusat kajian teknologi dan makmal telah dibentuk di kebanyakan perusahaan. Pada bulan Oktober 2003, projek pembangunan "Pangkalan Contoh Standardisasi Teknologi Tinggi" diselenggarakan di zon tersebut; pada bulan Mac 2004, zon itu digelar sebagai "Zon maju yang melaksanakan standard di China" oleh Suruhanjaya Pentadbiran Standard China.

Daya saing di Zon Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Xi'an meningkat disebabkan standard teknologi tinggi peringkat antarabangsa dan peringkat negara dilaksanakan dan hak harta intelektual dilindungi di zon itu. Misalnya pegawai yang bertugas di Datang Telecom menyertai kerja merangka standard telekomunikasi bergerak generasi ketiga TD-SCDMA. Standard itu diluluskan oleh Pertubuhan Standard Antarabangsa ITU dan 3GPP dan berjaya menjadi standard utama ketiga di arena antarabangsa selepas standard yang ditetapkan oleh A.S. dan Eropah. Syarikat IWNCOMM China merupakan perusahaan perintis China dalam bidang jalur lebar tanpa wayar (broad-band wireless) IP jaringan net. Pegawai syarikat itu menyertai usaha merangka dua standard peringkat negara dalam bidang WAPI (WLAN Authentication and Privacy Infrastructure) China. Setelah diumumkan secara rasmi, standard tersebut mengagumkan kalangan Wi-Fi di dunia dan menarik perhatian kerajaan negara-negara maju termasuk kerajaan A.S..

Naib Datuk Bandar Xi'an encik Huang Xingshen menyatakan, inovasi akan diutamakan untuk mengembangkan Zon Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Xi'an. Kerajaan akan mendorong inovasi dalam bidang sains dan teknologi agar zon itu menjadi tempat penetapan standard zon pembangunan industri teknologi tinggi peringkat antarabangsa, peringkat negara dan sektor, memberi sumbangan baru bagi usaha standardisasi China.

----Ching

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |