v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembaharuan Sistem Pengesahan Pentadbiran China Capai Kejayaan

2005-11-29 14:56:34 Agensi Berita Xinhua China

Sejak Dewan Negara China menetapkan rancangan melaksanakan pembaharuan terhadap sistem pengesahan pentadbiran pada tahun 2001, jabatan kerajaan pusat dan jabatan kerajaan di pelbagai provinsi, wilayah autonomi dan bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat telah membatalkan dan menyusun semula lebih separuh projek pengesahan pentadbiran, pembaharuan itu mencapai kejayaan penting.

Berdasarkan maklumat, 68 jabatan kerajaan China yang melaksanakan pengesahan pentadbiran telah membatalkan dan menetapkan semula 1806 projek, angka itu menduduki 50.1% daripada jumlah projek pengesahan pentadbiran. Berdasarkan tuntutan Kumpulan Pimpinan Pembaharuan Sistem Pengesahan Pentadbiran Dewan Negara China, pelbagai jabatan kerajaan terus melaksanakan penyeliaan dan pengurusan tidak langsung untuk membolehkan projek tersebut diserahkan kepada pihak pertubuhan perusahaan atau pertubuhan perantaraan masyarakat untuk diuruskan dengan mantap. Untuk menjayakan usaha pengesahan pentadbiran, jabatan kerajaan akan membentuk sistem yang lengkap dalam aspek pengumuman, sidang pendengaran, khidmat nasihat pakar dan denda, meningkatkan penyeliaan dan menstandardkan kerja pengesahan. Di samping itu, kerajaan China akan menjalankan pengesahan pentadbiran menerusi jaringan internet untuk meningkatkan kecekapan. Kumpulan Pimpinan Pembaharuan Sistem Pengesahan Pentadbiran Dewan Negara China telah mengeluarkan hampir 30 dokumen penting antaranya "Cadangan Pelaksanaan Pembaharuan Sistem Pengesahan Pentadbiran" dan "Cadangan Menjayakan Pemeriksaan dan Pengurusan Projek Pengesahan Pentadbiran", mengemukakan cadangan terperinci untuk menyelesaikan masalah utama. Dokumen tersebut memainkan peranan penting dalam proses pembaharuan.

Pembaharuan sistem pengesahan pentadbiran juga mencapai kemajuan di pelbagai provinsi, wilayah autonomi dan bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Sebanyak lebih 22 ribu projek pengesahan telah dibatalkan dan ditetapkan semula oleh kerajaan pelbagai peringkat, angka itu menduduki lebih separuh daripada jumlah projek pengesahan; sebanyak 3314 kaunter perkhidmatan pentadbiran telah dibina dan sebanyak 11.073 dokumen dibatalkan atau dipinda oleh kerajaan pelbagai peringkat tersebut. Di samping itu, kerajaan di kebanyakan tempat juga menetapkan peraturan denda terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan kesilapan pentadbiran dan menubuhkan pusat dakwaan.

Berdasarkan maklumat, setelah berusaha selama beberapa tahun, pembaharuan sistem pengesahan pentadbiran mencapai kejayaan yang ketara. Ini bermanfaat bagi perkembangan politik dan sosioekonomi China.

Pertama, pembaharuan itu bermanfaat bagi rakyat. Disebabkan banyak projek pengesahan pentadbiran dibatalkan, pengesahan pentadbiran kerajaan distandardkan. Gejala yang menjejaskan kepentingan rakyat seperti pegawai kerajaan menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa berjaya dicegah. Perkhidmatan pegawai kerajaan lebih terbuka, telus dan cekap.

Kedua, pembaharuan itu bermanfaat bagi meningkatkan fungsi kerajaan. Projek yang dibatalkan atau ditetapkan semula oleh kerajaan pusat akan diserahkan kepada pihak pertubuhan perusahaan, pertubuhan perantaraan masyarakat dan lain-lain untuk diuruskan. Setelah fungsi kerajaan ditingkatkan, keupayaan kerajaan dari aspek penyelarasan ekonomi, penyeliaan pasaran, pengurusan masyarakat dan perkhidmatan berjaya meningkat.

Dan ketiga, pembaharuan itu bermanfaat bagi membentuk kaedah pengurusan baru. Kesedaran pegawai kerajaan terhadap pentadbir saintifik, demokratik dan di sisi undang-undang terus meningkat.

----Ching

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |