v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembaharuan Undang-undang Cukai Pendapatan Perseorangan Menarik Perhatian 1.3 Bilion Penduduk China

2005-11-29 14:56:34 CRI

Badan Penggubalan Undang-undang China, Kongres Rakyat Kebangsaan China baru-baru ini telah meluluskan pindaan Undang-undang Cukai Pendapatan Perseorangan dengan undi majoriti. Sejak undang-undang itu dikuatkuasakan pada tahun 1980, pindaan tersebut merupakan pindaan paling penting bagi Cukai Pendapatan Perseorangan. Berdasarkan pindaan tersebut, standard pengecualian cukai pendapatan perseorangan iaitu had kadar potongan cukai pendapatan perseorangan telah ditingkatkan kepada 1600 Yuan RMB daripada 800 Yuan RMB. Ahli profesional sektor kewangan berpendapat bahawa perubahan itu akan meningkatkan fungsi menyelaraskan pembahagian pendapatan cukai pendapatan perseorangan undang-undang tersebut dan akan memberi kesan mendalam terhadap kehidupan ekonomi pelbagai lapisan masyarakat negara ini. Jadi, dalam rancangan Inovasi hari ini, saya akan menceritakan pembaharuan terhadap Undang-undang Cukai Pendapatan Perseorangan di China.

Bagi lapisan masyarakat di China yang kehidupan mereka bergantung sepenuhnya kepada gaji, pindaan Undang-undang Cukai Pendapatan Perseorangan yang dibahaskan dan diluluskan oleh Kongres Rakyat Kebangsaan China pada penghujung bulan lalu merupakan perkara yang menarik perhatian mereka. Berdasarkan pindaan undang-undang itu, jabatan percukaian China akan meningkatkan had kadar potongan cukai pendapatan perseorangan daripada 800 Yuan RMB kepada 1600 Yuan RMB. Perubahan itu amat dialu-alukan oleh lapisan masyarakat di China yang berpendapatan sederhana atau rendah.

Puan Chen Yuexiu tinggal di Provinsi Shanxi di utara China. Pendapatan beliau kira-kira 1700 sebulan. Beliau telah menyatakan sokongannya terhadap pindaan Undang-undang Cukai Pendapatan Perseorangan. Puan Chen berkata, gajinya tidak banyak, jadi, peningkatan had kadar potongan cukai pendapatan bermakna "pengurangan cukai" bagi beliau.

Beliau memberitahu pemberita CRI bahawa lebih separuh pendapatan setiap bulan saya digunakan untuk membayar pinjaman perrumahan. Gaji saya hampir habis selepas membayar telefon dan kos pengangkutan. Selepas had kadar potongan cukai pendapatan perseorangan diubah kepada 1600 Yuan RMB, saya tidak perlu membayar lagi cukai pendapatan lebih 80 Yuan RMB sebulan. Walaupun wang tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban saya."

Ramai orang berpendapat seperti Puan Chen Yuexiu. Berdasarkan statistik, jika had kadar potongan cukai pendapatan digariskan pada 800 Yuan RMB, terdapat 90% orang dikehendaki membayar cukai tersebut, akan tetapi selepas had kadar potongan itu ditingkatkan kepada 1600 Yuan RMB, hanya kurang daripada separuh orang sahaja yang perlu membayar cukai tersebut. Selain itu, jumlah pengutan cukai juga akan berkurangan disebabkan perubahan itu. Sehubungan dengan itu, jumlah pengutan cukai pendapatan perseorangan bagi semua rakyat China akan berkurang lebih 28 bilion Yuan RMB setahun.

Encik Yu Guangyuan yang menyertai proses pemindaan Undang-undang Cukai Pendapatan Perseorangan China memaklumkan, satu kandungan penting dalam pindaan undang-undang itu ialah meningkatkan usaha pemungutan cukai kepada mereka yang berpendapatan tinggi. Berdasarkan pindaan undang-undang tersebut, mereka yang berpendapatan tinggi dikehendaki membayar cukai secara langsung. Jabatan percukaian boleh mengenakan denda terhadap mereka yang tidak membayar cukai pendapatan atau kurang membayar cukai. Kesemua mereka akan dijatuhi hukuman jika sabit kesalahan. Selain itu, sistem penyeliaan dan pengawalan terhadap lapisan yang berpendapatan tinggi juga telah ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah mereka yang enggan membayar cukai.

Encik Yu Guangyuan berkata, pembaharuan Undang-undang Cukai Pendapatan Perseorangan kali ini telah mengorak langkah penting untuk mengurangkan jurang perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin.

"Selepas standard pengecualian cukai pendapatan perseorangan ditingkatkan, jumlah pembayaran cukai pendapatan perseorangan akan diturunkan dengan sejajar. Perubahan ini amat bermakna bagi menjamin kehidupan lapisan masyarakat yang berpendapatan rendah, menyelesaikan masalah ketidakadilan pembahagian kekayaan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan memelihara kestabilan masyarakat."

Semasa ditanya bagaimana menetapkan standard yang baru itu, Naib Menteri Kewangan China, Encik Lou Jiwei berkata, penetapan standard pengecualian cukai pendapatan perseorangan merupakan isu yang rumit. Kami telah mempertimbangkan beberapa faktor. Pertama, perbelanjaan untuk kehidupan sehari-harian. Pada masa ini, jumlah standard perbelanjaan keluarga secara puratanya ialah kira-kira 1100 Yuan RMB sebulan. Kedua, memastikan cukai bagi lapisan masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah dikurangkan, oleh itu, mereka yang berpendapatan tinggi tidak terasa akan akan perubahan ini, dan ketiga, isu perancangan secara menyeluruh di pelbagai kawasan dan antara pelbagai lapisan masyarakat juga perlu ditimbangkan dalam pindaan undang-undang tersebut.

----Puspa

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |