Pencemaran udara akibat bahan bakar di kebanyakan rumah para petani di kawasan desa China sangat tinggi berbanding standard tahap kesihatan yang baru ditetapkan oleh kerajaan. Maklumat tersebut diwartakan dalam seminar "Sumber Tenaga, Dapur dan Kualiti Udara di Rumah Petani di Kawasan Desa China" yang diadakan di Beijing baru-baru ini.
"Laporan Penilaian Projek Pempopularan Dapur Baru di China" yang dibentangkan oleh pensyarah Universiti Tsinghua China menjadi tumpuan perhatian peserta sidang.
Dimaklumkan bahawa seramai puluhan orang pakar dari China dan pelbagai negara dan kawasan lain termasuk A.S., India, Nepal, Kenya dan Tanzania telah menghadiri seminar tersebut. Mereka berpendapat bahawa China harus menetapkan rancangan memperbaiki kualiti udara di rumah petani di kawasan desa.
Pada masa ini, bahan bakar seperti jerami dan tempurung yang digunakan di kawasan desa China setiap tahun berjumlah kira-kira 705 juta tan. Antaranya, kebanyakan bahan bakar tersebut yang digunakan di rumah petani menyebabkan pembaziran sumber dan pencemaran udara yang serius. Jika karbon monoksida dan sulfur dioksida dalam udara melebihi standard tahap standard, kehidupan dan kesihatan para petani akan terjejas.
Pegawai Jawatankuasa Profesional Dapur Jimat Sumber Tenaga Persatuan Industri Sumber Tenaga Kawasan Desa China, Encik Hao Fangzhou berpendapat bahawa seiring dengan pembangunan urbanisasi dipercepat dan taraf hidup kaum petani ditingkatkan, dapur lama dan kaedah penggunaan bahan bakar yang keefisienannya rendah tidak memenuhi keperluan pengguna pada masa ini.
Para petani mengemukakan tuntutan yang lebih tinggi terhadap bahan bakar dan berharap menggunakan dapur yang lebih bersih, murah dan cantik.
Encik Hao Fangzhou menyatakan bahawa kerajaan China sentiasa mementingkan usaha pempopularan dapur yang berefisienan tinggi dan banyak pertubuhan swasta serta badan penyelidikan telah menyertai kegiatan mempopularkan penggunaan dapur baru.
Setakat penghujung tahun 2003, China telah mempopularkan dapur baru yang boleh menjimatkan bahan bakar untuk seramai 190 juta keluarga di seluruh negara dan jumlah tersebut menduduki 86% jumlah keseluruhan keluarga petani. Selain itu, kerajaan China juga mempopularkan dapur gas yang menggunakan bahan biologi sebanyak lebih 50 ribu buah dan dapur pemanas yang berefisienan tinggi sebanyak lebih 100 ribu buah.
Encik Haofangzhou memaklumkan bahawa perkembangan penggunaan dapur di China telah mengalami tiga peringkat iaitu peringkat awal, peringkat pembaharuan dan peringkat penciptaan teknologi baru.
Sebelum tahun 1980-an, kebanyakan keluarga petani China menggunakan dapur yang dibina daripada batu bata dan keefisienan pengunaan bahan bakarnya agak rendah iaitu hanya mencapai kira-kira 12%. Dengan demikian, kaedah tersebut bukan sahaja mengakibatkan pembaziran bahan bakar yang serius, tetapi juga mengakibatkan pencemaran udara yang serius dan menjejaskan kesihatan para pengguna.
Pada tahun 1983, kerajaan China menetapkan rancangan memperbaiki penggunaan dapur di kawasan desa.
Pada penghujung tahun 1990-an, para petani bukan sahaja menumpukan perhatian terhadap keefisianan dan kecantikan peralatan dapur, tetapi juga menumpukan perhatian terhadap fungsinya yang mampu mengurangkan pencemaran.
Dalam seminar tersebut, para pakar mengkaji sejenis dapur yang menggunakan gas daripada bahan biologi.
Encik Pan Shijiao, pereka bentuk alat dapur tersebut yang juga Ketua Pusat Kajian dan Penerokaan Ekonomi Ekologi Kawasan Pergunungan Miskin Kaunti Jinping Provinsi Yunnan memaklumkan bahawa dapur tersebut boleh menggunakan gas bakar menggunakan kayu, jerami, tempurung dan arang batu. Keefisienan penghasilan gasnya mencapai lebih 60%.
Pakar berkenaan berpendapat bahawa dapur baru tersebut telah mencapai taraf maju dan boleh dipopularkan di kawasan desa. Jawatankuasa Perlindungan Alam Sekitar China juga giat mencadangkan penggunaan dapur baru tersebut.
----AZMI
|