v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengenalan tentang Para Petani Xinjiang Menjadi Kaya

2005-11-29 16:37:10 CRI

Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang merupakan wilayah yang paling luas di China dan keluasannya menduduki 1/6 wilayah China. Kawasan pertanian di Xinjiang seluas lebih 3 juta hektar. Disebabkan iklimnya cukup panas dan suhu pada siang hari dan suhu pada malam hari berbeza jauh, Xinjiang kaya dengan buah-buahan termasuk tembikai Hami dan anggur dan tanaman pertanian seperti kapas.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, selain mengembangkan pertanian tradisional, Xinjiang juga giat mengembangkan pelbagai industri sampingan yang istimewa. Ramai petani dan penggembala telah mendapat faedah dan menjadi kaya.

Rouzi Tuersun tinggal di Pekan Pahataikeli, kawasan Kashi. Pada 5 tahun yang lalu, beliau membelanjakan semua wang simpanannya membeli beberapa ekor lembu dan mulai menternak lembu. Dalam tempoh beberapa tahun berikutnya, Rouzi Tuersun bergantung kepada urus niaga lembu dan menjadi semakin kaya. Pada tahun lalu, beliau membelanjakan 150 ribu Yuan RMB membina rumah baru dan juga membeli traktor serta motosikal . Beliau berkata, "Pada masa ini, saya menikmati kehidupan yang baik. Pada masa dahulu, penduduk bandar memandang rendah kami apabila kami pergi ke bandar dan sekarang kami sama sahaja, kerana taraf hidup kami setaraf dengan mereka."

Di Pekan Pahataikeli, terdapat ramai petani seperti Rouzi Tuersun mengusahakan penternakan dan menjadi kaya. Ketua pekan tersebut Aikebaier Tulahong memaklumkan kepada wartawan CRI bahawa kerajaan tempatan telah mengambil banyak tindakan membantu para penternak di pekan itu. Beliau berkata, "Kerajaan kami menyediakan tanah seluas 0.06 hingga 0.2 hektar kepada setiap keluarga penternak dan membantu mereka mendapatkan pinjaman wang dari bank. Pada tahun lalu, setiap keluarga penternak di pekan ini telah memperoleh pendapatan lebih 30 ribu Yuan RMB."

Di Xinjiang, selain petani dan penggembala seperti Rouzi Tuersun di Pekan Pahatailike mengusahakan penternakan, penduduk bandar juga berminat mengusahakan penternakan lembu dan kambing di kawasan desa. Misalnya, Encik Zheng, petani baru yang berasal dari bandar. Beliau pernah bertugas di sebuah sekolah di bandar Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Xinjiang. Setelah bersara, Encik Zheng mendapat maklumat bahawa terdapat sebuah perusahaan pemprosesan susu lembu yang besar telah membina kemudahan penternakan lembu di kawasan Autonomi Hui Changji yang berhampiran Urumqi dan kemudahan tersebut boleh digunakan oleh penternak lembu secara percuma. Dengan demikian, Encik Zheng dan isterinya memutuskan menternak lembu susu di Changji. Beliau berkata, "Pada masa itu, saya berpendapat bahawa menternakkan lembu susu boleh mendapat lebih banyak keuntungan daripada bertugas di bandar. Kerajaan menggubal dasar yang baik, misalnya memudahkan prosedur pinjaman wang dari bank dan perusahaan pemprosesan susu menyediakan kandang lembu dan alat perahan susu secara percuma. Mereka juga menandatangani kontrak dengan para penternak selama 20 tahun untuk membeli bekalan susu, masalah yang paling penting dalam industri itu."

Pada 2 tahun yang lalu, Encik Zheng membelanjakan ratusan ibu Yuan RMB membeli lebih 20 ekor lembu susu. Sekarang beliau sudah memiliki lebih 60 ekor lembu susu dan pendapatan bulanannya mencapai hampir 10 ribu Yuan RMB.

Selain itu, Xinjiang juga merupakan kawasan tanaman tomato yang ketiga terbesar di dunia dan jumlah penghasilannya melebih 4 juta tan setiap tahun. Encik Qin Yelong, Pengurus Besar Syarikat Pelaburan Tunhe Xinjiang Bhd., salah satu perusahaan yang mengeluarkan sos tomato yang terbesar di China berkata kepada wartawan CRI, "Pada tahun lalu, kami mengeluarkan lebih 270 ribu tan sos tomato. Pada masa ini, jumlah pengeluaran sos tomato kami menduduki hampir separuh jumlah keseluruhan sos tomato di seluruh negara China. Banyak hasil keluaran telah kami eksport ke luar negara dan jumlah eksport itu menduduki 17% jumlah perdagangan sos tomato di seluruh dunia."

Tambah beliau, Syarikat Pelaburan Tunhe Xinjiang Bhd. memiliki 15 cawangan yang bertanggungjawab membeli lebih 3.7 juta tan tomato dari lebih 200 ribu petani setiap tahun untuk memproses sos tomato.

----AZMI

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |