v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Usaha China Lindungi Ekologi Alam Sekitar Alam Sekitar Capai Kejayaan

2005-11-29 16:56:34 CRI

Pegawai Biro Perhutanan Negara China dalam sidang akhbar di Beijing minggu lalu menyatakan, projek perlindungan binatang dan tumbuh-tumbuhan liar serta projek perlindungan hutan dara China yang mulai dilaksanakan pada awal abad ini telah mencapai kejayaan. Jumlah binatang dan tumbuh-tumbuhan liar serta keluasan hutan dara di China telah meningkat. Pada masa akan datang, China akan terus meningkatkan usaha perlindungan tersebut.

Pada awal abad ini, untuk meningkatkan usaha pemuliharaan dan menjamin keselamatan ekologi alam sekitar alam sekitar, memelihara keselamatan ekologi alam sekitar, China telah menggerakkan enam projek pemulihharaan ekologi alam sekitar alam sekitar di seluruh negara. Projek tersebut meliputi perlindungan binatang dan tumbuh-tumbuhan liar, pencegahan tanah menjadi pasir, perlindungan hutan dara, mencegah kejaidan resapan air dan hakisan tanah. Setakat ini, kerajaan China telah memperuntukkan ratusan bilion Yuan RMB untuk menjayakan projek tersebut.

Ketua Bahagian Perlindungan Binatang dan Tumbuh-tumbuhan Liar Biro Perhutanan Negara China, Encik Zhuo Rongsheng dalam sidang akhbar memaklumkan, projek perlindungan ekologi alam sekitar alam sekitar yang dilaksanakan di China pada beberapa tahun lalu telah menjayakan usaha perlindungan binatang dan tumbuh-tumbuhan liar di negara ini.

Beliau berkata, "pada tahun-tahun kebelakangan ini, kawasan pembiakan spesies binatang dan tumbuh-tumbuhan liar di China semakin luas. Manakala, sumber spesies juga berkembang. Laporan analisis terhadap statistik sumber binatang dan tumbuh-tumbuhan liar di China menunjukkan bahawa 55.7% spesies binatang dan tumbuh-tumbuhan liar meningkat dengan banyak dan 71% jenis tumbuh-tumbuhan liar telah mencapai standard berkembang biak dengan pesat".

Encik Zhuo Rongsheng menambah, pada beberapa tahun lalu China juga telah mengambil pelbagai langkah dan memberi keutamaan untuk melindungi panda, harimau, monyet berbulu emas dan ratusan jenis binatang dan tumbuh-tumbuhan liar yang hampir pupus.

Dimaklumkan, projek perlindungan binatang dan tumbuh-tumbuhan liar China juga telah menyenaraikan sebahagian kawasan paya di China sebagai kawasan perlindungan dan telah meningkatkan usaha pencegahan dan kawalan terhadap wabak binatang liar. Dalam tempoh lima tahun akan datang, China juga akan mencepatkan usaha perlindungan alam, meningkatkan perlindungan binatang dan tumbuh-tumbuhan liar, membiakkan binatang dan tumbuh-tumbuhan liar melalui proses permanian beradas dan teknologi pertanian dan mengawal penggunaan sumber asli.

Pada sidang akhbar tersebut, Biro Perhutanan Negara China juga telah memaklumkan kejayaan pelaksanaan projek perlindungan sumber hutan dara di China. Projek itu mulai dilaksanakan di 17 provinsi di China pada tahun 2000. Projek itu dilaksanakan untuk menambah keluasan dan rizab kawasan hutan dara melalui usaha melarang penebangan pokok dan mengurangkan jumlah pengeluaran kayu balak.

Ketua Pengarah Pejabat Pentadbiran Projek Perlindungan Hutan Dara Biro Perhutanan Negara China, Encik Zhang Zhida memaklumkan, projek itu telah mencapai kesan yang nyata dan merealisasikan peningkatan keluasan dan rizab kawasan hutan. Berdasarkan statistik, dalam tempoh lima tahun sejak projek tersebut dilaksanakan, jumlah penebangan pokok hutan telah berkurangan 426 juta meter padu.

Beliau berkata, "kami akan mengambil langkah yang lebih berkesan di kawasan yang kedudukannya penting dan kaya dengan kepelbagaian biologi untuk menjamin sistem ekologi alam sekitar perhutanan tidak terjejas, mengurangkan jumlah pengeluaran kayu balak di kawasan perhutanan milik negara, melarang penebangan pokok yang sumber kayunya hampir pupus untuk memulihara kawasan hutan tersebut dan mencepatkan pertumbuhan pokok".

----Puspa

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |