v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bandar Zhenjiang Jiangsu China Bangunkan Masyarakat Harmoni

2005-11-29 16:35:35 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua, berdasarkan semangat "pembaharuan, pembukaan dan tamadun, praktis dan kejujuran", bandar Zhenjiang, Provinsi Jiangsu China memulakan Strategi Zhenjiang Harmoni sejak tahun 2003, menyatukan asas benda, pembangunan ekologi dan taraf operasi masyarakat, dan melakukan siasatan positif untuk mencapai pandangan pembangunan secara saintifik.

Pada tahun 2004, pendapatan per kapita penduduk dan petani bandar Zhenjiang masing-masing mencapai 10858 yuan RMB dan 5306 yuan RMB. Sekarang, industrialisasi di bandar Zhenjiang telah memasuki fasa perkembangan tengah dan akhir, kadar urbanisasinya telah mencapai lebih 55%. Namun, kerajaan Zhenjiang tidak berpuas hati terhadap keadaan sekarang. Setiausaha Jawatankuasa Bandar Zhenjiang Parti Komunis China Shi Heping menyatakan, untuk membangun masyarakat harmoni, terutamanya harus mengembangkan ekonomi yang harmoni.

Lapisan pemimpin bandar Zhenjiang mengeluarkan strategi pembangunan "berusaha berkembang lebih pesat" dan "4 tindakan " untuk mengayakan rakyat dan memperkuat bandar Zhenjiang. Pertama, memangkin program pembangunan. Kedua, menerokai kawasan di sepanjang sungai. Ketiga, mengembangkan modal asing dan dalam negeri. Dan keempat, meningkatkan serentak pembangunan bandar dan desa.

Untuk menerokai potensi pemandangan alam yang baik, bandar Zhenjiang menggunakan konsep pembangunan ekologi ke dalam pembangunan bandar.

Badar Zhenjiang menggunakan gunung yang mengelilingi bandar sebagai latar belakang pemandangan bandar dan melakukan perlindungan dan perbaikan terhadap 26 buah gunung di kawasan bandar. Kerajaan Zhenjiang meningkatkan pembangunan di kawasan sepanjang sungai Yangtze dan terusan kuno dalam bandar. Kerajaan Zhenjiang juga lebih dulu melaksanakan sistem "Cap Hijau" untuk mengesahkan program pembinaan bangunan baru.

Sekarang, pegawai bandar Zhenjiang meningkatkan ketelusan dalam usahanya dan memperuntukkan banyak untuk menetapkan keamanan masyarakat. Kesan program "Zhenjiang Aman" telah muncul.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian