v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Mengapa Ketinggian Puncak Everest 3.7 Meter Lebih Rendah Berbanding Data 1975

2005-11-30 12:42:25 Agensi Berita Xinhua China

Diberi kuasa oleh Dewan Negara China, Biro Pengukuran dan Pemetaan Negara China semalam mengumumkan bahawa ketinggian puncak Everest ialah 8844.43 meter, data tersebut 3.70 meter lebih rendah berbanding data yang diumumkan oleh China pada tahun 1975.

Mengapa puncak Everest menjadi rendah, tentang masalah tersebut, wartawan Agensi Berita Xinhua China mewawancara ahli akademik Akademi Sains China yang juga penasihat teknik pengukuran ketinggian puncak Everest kali ini Chen Junyong. Beliau menyatakan bahawa pengukuran terhadap lapisan salji dan ais di atas puncak Everest menjadi lebih persis, penetapan terhadap horizon di kawasan puncak Everest lebih persis dan iklim sejagat menjadi lebih panas mengakibatkan lapisan salji dan ais menjadi tipis. Ketiga-tiga sebab tersebut "merendahkan" puncak Everest.

Semasa mengadakan pengukuran pada tahun 1975, dibataskan oleh syarat pada masa itu, mereka hanya mengurangkan ketebalan lapisan salji kira-kira 1 meter. Berdasarkan pengukuran kali ini, dibawah lapisan salji masih terdapat lapisan ais setebal kira-kira 1.5 meter serta lapisan campuran ais dan batu setebal kira-kira 1 meter.

Untuk menetapkan horizon dikawasan puncak Everest dengan lebih persis, para ahli China merujuk lebih banyak data dalam dan luar negara termasuk data terbaru yang diumumkan oleh A.S. pada bulan Mac. Akhirnya horizon kawasan puncak Everest yang ditetapkan kali ini 0.7-0.8 meter lebih tinggi berbanding data tahun 1975.

Sebab ketiga yang merendahkan puncak Everest ialah iklim sejagat menjadi lebih panas, mulai tahun 1960-an abad ke-20, lapisan salji dan ais diatas puncak Everest menjadi semakin tipis, sejak tahun 1975 hingga kini, lapisan ais diatas puncak Everest telah tipis 0.3-0.4 meter.

Chen Junyong menyatakan ketiga-tiga sebab tersebut merupakan yang paling penting yang merendahkan puncak Everest, jadi puncak Everest menjadi 3.7 meter lebih rendah berbanding tahun 1975.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |