v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Vaksi -- Pelalian Mencegah dan Mengawal Penyakit Berjangkit yang Berkesan

2005-11-30 12:42:25 CRI

Manusia berjaya mencegah dan mengawal penyakit berjangkit dengan menyuntik atau menanam vaksin ke dalam badan. Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, antara ramai manusia yang mengalami penyakit berjangkit dan mati, dianggarkan seramai kira-kira lebih dua juta kanak-kanak dapat diselamatkan menggunakan vaksin di seluruh dunia setiap tahun.

Encik Wu Jiang ialah pakar perubatan di Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Beijing. Beliau menyatakan, "Vaksin bermakna virus atau bakteria yang dilemahkan untuk disuntik atau ditanam ke dalam badan manusia agar meningkatkan daya tahan terhadap penyakit tertentu. Berbeza dengan virus atau bakteria, vaksin tidak mengakibatkan penyakit bahkan memainkan peranan menjamin kesihatan."

Pada tahun 1796, seorang doktor Britain berjaya mencegah penyakit cacar dengan menanam cacar lembu kepada pesakit yang mengalami penyakit itu. Sehubungan dengan itu, vaksin jenis pertama—vaksin cacar telah dikeluarkan di dunia. Pada tahun 1980, berdasarkan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penyakit cacar berjaya dikawal secara menyeluruh, penyakit itu merupakan penyakit pertama yang berjaya dikawal menggunakan cara pelalian. Dalam tempoh hampir setengah abad lalu, pakar perubatan berjaya mengeluarkan banyak jenis vaksin untuk mencegah penyakit berjangkit seperti kolera, pes, tuberkulosis, hepatitis B, batuk rejan dan lain-lain.

Seiring dengan perkembangan sosioekonomi, usaha pelalian telah dilaksanakan dengan mengikut norma di China. Rancangan pelalian yang dilaksanakan terhadap kanak-kanak merupakan salah satu usaha penting.

Berdasarkan rancangan itu, kerajaan memperuntukkan dana untuk menyuntik atau menanam lima jenis vaksin ke dalam badan kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah bagi mencegah penyakit poliomielitis, campak, hepatitis B, tuberkulosis dan lain-lain. Usaha itu telah mencapai kejayaan penting sejak dilaksanakan pada akhir tahun 1970-an. Profesor Akademi Kejuruteraan China, doktor kanak-kanak yang terkenal China Puan Hu Yamei menyatakan, "SARS menular di China pada tahun 2003, akan tetapi tidak ada kanak-kanak mati akibat penyakit berjangkit itu. Ini disebabkan pelalian diusahakan dengan sempurna di China. Vaksin yang disuntik atau ditanam ke dalam badan mereka bermanfaat menjamin keselamatan mereka."

Selain disuntik atau ditanam lima jenis vaksin berdasarkan rancangan, kanak-kanak di China juga dibawa oleh ibubapa mereka disuntik vaksin dengan biaya sendiri untuk mencegah selesema, hepatitis A dan penyakit berjangkit lain di hospital. Selain kanak-kanak, orang dewasa juga perlu disuntik vaksin untuk menjamin kesihatan mereka. Misalnya selesema menular pada akhir musim sejuk dan awal musim bunga. Pada ketika itu, ramai warga tua mendapatkan suntikan vaksin untuk mencegah selesema; apabila digigit anjing gila, mereka akan disuntik vaksin untuk mencegah hidrofobia dan lain-lain.

Pada masa ini, pakar perubatan China sedang mengkaji untuk mengeluarkan vaksin baru. Pakar Lembaga Perubatan Pencegahan Penyakit China Encik He Xiong menyatakan, "Kami sedang mengkaji untuk mengeluarkan vaksin AIDS. Selain itu, kami mendapati beberapa jenis tumor dan penyakit kronis diakibatkan beberapa punca penyakit, sehubungan dengan itu, kami berusaha untuk mengeluarkan vaksin bagi

----Ching

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |