v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Usaha Penerbangan Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan China Berkembang Maju

2005-11-30 12:42:25 CRI

Selepas terbang selama 5 hari di ruang angkasa lepas, kapsul Kapal Angkasa Lepas "Shenzhou VI" China yang pembawa dua angkasawan China selamat mendarat di kawasan yang ditetapkan. Ini menandakan usaha penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan ke-2 China mencapai kejayaan, taraf teknologi penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan China telah meningkat.

Kapal Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan "Shenzhou VI" dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di bahagian barat laut China pada 12 Oktober lalu dengan pembawa dua angkasawan China. Naib Komander Projek Penerbangan Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan China encik Hu Shixiang berpendapat, "Projek penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan China dilaksanakan dalam tiga fasa. Dua angkasawan terlibat dalam penerbangan angkasa lepas selama beberapa hari kali ini, ini menandakan kajian teknologi fasa kedua telah dimulakan."

China merancang melaksanakan tiga fasa projek penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan pada tahun 1992. Berdasarkan rancangan itu, pada fasa pertama, menghantar angkasawan ke angkasa lepas; pada fasa kedua, menguasai teknologi ramai angkasawan terlibat dalam penerbangan angkasa lepas selama beberapa hari, angkasawan keluar dari kapal angkasa lepas, memasang peralatan di angkasa lepas dan pada fasa terakhir, membina dan membaikpulih stesen angkasa lepas untuk kegunaan jangka panjang.

Setelah berusaha selama lebih sepuluh tahun, pada dua tahun lalu, China berjaya melancarkan kapal angkasa lepas "Shezhou V" dan menghantar angkasawan China pertama Yang Liwei ke angkasa lepas. Yang Liwei melakukan penerbangan angkasa lepas selama 21 jam. China menjadi negara ketiga yang berjaya melakukan penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan selepas Rusia dan A.S..

Pada masa ini, China berjaya sekali lagi melakukan penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan. Dua angkasawan dihantar ke angkasa lepas selama lima hari.

Ketua Arkitek Projek Penerbangan Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan China encik Wang Yongzhi menyatakan, "China melancarkan kapal angkasa lepas lebih 40 tahun selepas pelancaran bekas Kesatuan Soviet dan A.S., teknologi kapal angkasa lepas China tetap setanding dengan teknologi mereka yang sedia ada."

Kapal Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan 'Shenzhou VI' merupakan kapal angkasa lepas yang diameternya paling besar di dunia pada masa ini dan dapat menampung tiga angkasawan. Kapal itu terdiri daripada modul pendorongan, kapsul dan modul orbit. Dalam tempoh penerbangan, dua angkasawan tersebut menanggalkan pakaian angkasawan, masuk ke modul orbit dari kapsul untuk mengadakan kajian sains dan berehat.

Selain berfungsi sebagai tempat tinggal dan kerja angkasawan, modul orbit juga dapat terus menjadi peralatan penerbangan seumpama satelit berfungsi melakukan kajian lanjutan di angkasa lepas setelah kapsul mendarat.

Naib Komander Projek Penerbangan Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan China encik Hu Shixiang menyatakan,"China merancang menjayakan rancangan angkasawan dapat keluar dari kapal angkasa lepas pada tahun 2007 dengan memakai pakaian angkasawan buatan China; memasang peralatan angkasa lepas pada tahun 2008 hingga 2009 dan menghantar lebih ramai angkasawan ke angkasa lepas."

----Ching

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |