v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Capai Taraf Maju Dalam Bidang Mengesan Kanser Buah Dada

2005-11-30 12:42:25 Agensi Berita China

China telah melaksanakan "Projek Pemeriksaan Kanser Buah Dada terhadap Sejuta Wanita" dan menetapkan Hospital Tentera Pembebasan Rakyat China Beijing sebagai salah sebuah hospital khas.

 

Setakat 22 Julai tahun ini, doktor hospital tersebut telah melakukan pemeriksaan kanser buah dada terhadap 351 orang wanita dan berjaya mengesan 6 kes kanser buah dada, antaranya, 3 kes dikesan pesakit peringkat awal tanpa sebarang tanda. Ini membuktikan China telah mencapai taraf maju dalam bidang mengesan kanser buah dada peringkat awal di seluruh dunia.

 

Pegawai Pusat Pemeriksaan Kanser Buah Dada di Hospital Tentera Pembebasan Rakyat China Beijing Dr. Wang Guotao berkata, sejak Projek Pemeriksaan Kanser Buah Dada dilaksanakan pada 23 Mei tahun ini, pusat tersebut menggunakan peralatan moden mengesan kanser buah dada, menggunakan perisian komputer CR yang paling maju di dunia yang direka bentuk oleh Syarikat Aikefa dan berjaya mengesan 3 kes pesakit kanser buah dada dan turut melakukan rawatan untuk menyembuhkan mereka.

 

Dr. Wang Guotao menjelaskan bahawa pada masa ini, kebanyakan peralatan pemeriksaan dan negatif sinaran X yang sedang digunakan di China tidak mampu mengesan penyakit kanser buah dada, maka hospital itu mulai menggunakan kemudahan dan peralatan terkini yang sudah disahkan oleh Biro Penyeliaan dan Kawalan Makanan dan Ubat-ubatan Negara China dan menggabungkan pelbagai kaedah pemeriksaan termasuk sinaran X, pemeriksaan pengimbas B dan pemeriksaan klinik. Dengan demikian, mereka dapat secara maksimum mengurangkan kesilapan disebabkan hanya dilakukan satu pemeriksaan dan berjaya meningkatkan nisbah mengesan kanser buah dada pada peringkat awal.

 

Profesor Vien Steen, pakar penyakit kanser buah dada yang terkenal di Eropah yang bertugas di Hospital Universiti Leuven, Belgium berpendapat bahawa kualiti pemeriksaan kanser buah dada yang dijalankan oleh Hospital Tentera Pembebasan Rakyat China Beijing tidak berbeza dengan standard yang ditetapkan di Eropah.

 

Berdasarkan statistik, pada tahun 1991 hingga 2000, nisbah kematian pesakit kanser buah dada wanita telah meningkatkan 38.9% di bandar-bandar China dan kanser buah dada telah melebihi kanser paru-paru menjadi punca yang menyebabkan nisbah kematian meningkatkan paling cepat.

 

Kanser buah dada yang dikesan dalam pemeriksaan klinik pada peringkat awal tidak perlu dibedah dan kos perubatannya agak murah. Nisbah hidup pesakit dalam tempoh 10 tahun berikutnya melebihi 90%. Maka Encik Yu Xiangdong, Naib Ketua Jabatan "Projek Pemeriksaan Kanser Buah Dada terhadap Sejuta Wanita" China menegaskan, mengesan kanser buah dada pada peringkat awal sangat penting. Beliau menyeru kaum wanita meningkatkan kesedaran pencegahan kanser buah dada dan dengan aktif menyertai pemeriksaan.

 

"Projek Pemeriksaan Kanser Buah Dada terhadap Sejuta Wanita" China yang dianjurkan oleh Jabatan Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan China diselenggarakan oleh Persatuan Antikanser China. Dalam tempoh 6 tahun akan datang, persatuan tersebut merancang menubuhkan pusat pemeriksaan di 100 buah hospital yang bertaraf tinggi di bandar sederhana dan besar di Tanah Besar China, mengadakan 4 kali pemeriksaan kanser buah dada terhadap sejuta orang wanita yang berumur antara 35 tahun hingga 70 tahun agar dapat membantu mereka mencegah kanser buah dada.

 

Dijangka sebelum pemeriksaan tersebut berakhir, seramai kira-kira 6 ribu orang wanita akan dikesan kanser buah dada.

 

----AZMI

 

 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |