v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tibet Giat Meningkat Taraf Kesihatan Kaum Wanita dan Kanak-kanak

2005-11-30 12:42:25 CRI

Cik Tseren Zuoma berusia 25 tahun, beliau seorang wanita etnik Tibet. Beliau berasa sangat bahagia kerana melahirkan anak pertamanya dengan selamat. Wartawan radio kami mengunjunginya di wad Hospital Wanita dan Kanak-kanak Nyingchi Tibet. Pada masa itu, kesihatannya sudah pulih semula.

Tseren Zuoma menetap di Mukim Bujiu Kaunti Nyingchi Wilayah Autonomi Tibet. Rumahnya terletak 40 kilometer dari Hospital Wanita dan Kanak-kanak Nyingchi. Beliau menyatakan,

"Saya memeriksa kesihatan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Nyingchi semasa saya hamil dan mendapati kesihatan saya kurang baik. Saya mendapat rawatan di hospital itu sehingga sembuh. Pada beberapa hari yang lalu, saya tinggal di wad hospital itu lagi untuk melahirkan anak. Kami mampu membayar kos rawatan kerana tidak mahal."

Menurut Tseren Zuoma, dalam tempoh 24 jam setelah dilahirkan, anaknya telah disuntik dua jenis pelalian. Selain itu, doktor di hospital itu juga memberi kad suntikan pelalian kepadanya agar anaknya mendapat suntikan pelbagai pelalian lain mengikut waktu yang ditetapkan pada masa akan datang. Tseren Zuoma memberitahu wartawan, beliau akan menyerahkan kad suntikan pelalian itu kepada doktor yang bertugas di klinik mukim, mereka akan memberi suntikan pelalian kepada anaknya menurut jadual.

Selain Tseren Zuoma, terdapat juga tujuh hingga lapan wanita hamil sedang dirawat di wad Hospital Wanita dan Kanak-kanak Nyingchi. Mereka dari kawasan pertanian dan penternakan di sekitar hospital itu. Seperti Tseren Zuom, mereka telah menerima bantuan kewangan kerajaan untuk melahirkan anak dengan selamat di hospital, tidak lagi melahirkan anak di rumah seperti nenek dan ibu mereka.

Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-kanak Nyingchi Puan Cuo Yong memberitahu wartawan, terdapat 30 katil dan kemudahan yang lengkap di wad hospital itu. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, semakin ramai wanita etnik Tibet yang hamil melahirkan anak di hospital.

Semasa menjawab soalan mengapa semakin ramai wanita etnik Tibet melahirkan anak di hospital, Puan Cuo Yong menjelaskan,

"Ini kerana pegawai perubatan yang bertugas di hospital kami sering menerangkan dasar kerajaan dan menyediakan perkhidmatan bidang rawatan wanita dan kanak-kanak, kesihatan wanita dan lain-lain serta para petani dan penggembala; tambahan pula kerajaan meningkatkan peruntukan, memberi dasar keutamaan untuk menggalakkan wanita hamil melahirkan anak di hospital."

Usaha rawatan wanita dan kanak-kanak bermula pada pertengahan tahun 1980-an di Tibet. Setelah berusaha selama lebih 20 tahun, hospital wanita dan kanak-kanak telah dibina di setiap kawasan di Tibet pada masa ini. Di samping itu, hospital pusat juga telah dibina di kebanyakan mukim dan pekan, terdapat doktor khas yang bertanggungjawab merawat wanita dan kanak-kanak di hospital tersebut.

Kerajaan Tibet telah meningkatkan taraf rawatan doktor di pelbagai kaunti dan mukim. Ketua Bahagian Ginekologi dan Perbidanan Hospital Rakyat di kawasan Shannan Puan Tcangjue Zhuoma menyatakan,

"Doktor yang bertugas di bahagian kami pergi ke pelbagai kaunti dan mukim untuk membantu dan membimbing tugas doktor di kawasan tersebut setiap tahun."

----Ching

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |