Pada tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan pelaksanaan pendidikan wajib sembilan tahun di sekolah rendah dan sekolah menengah bawah, kerajaan Tibet berusaha mengembangkan pendidikan vokasional, membantu mereka yang hendak mencari peluang kerja.
Bianba Zuoga ialah seorang gadis etnik Tibet yang berumur 18 tahun di Pekan Jiedexiu Kaunti Gongga Kawasan Shannan Tibet. Pada pukul 8:30 setiap pagi pada Isnin hingga Jumaat, Zuoga akan pergi ke "Kilang Apron Jiedexiu" untuk bekerja.
Pengeluaran apron di Kaunti Jiedexiu bermula pada lebih seribu tahun yang lalu. Terdapat banyak bengkel pengeluar apron dan ramai pembuat apron di kaunti tersebut, akan tetapi pembuat apron yang pernah mendapat pendidikan di sekolah menengah seumpama Zuoga tidak ramai. Zuoga menyatakan, beliau belajar teknik tradisional membuat apron tersebut semasa mengikuti kursus pendidikan vokasional, pemuda yang mempunyai pengetahuan dan teknologi amat diperlukan dan mereka mudah mendapat peluang kerja. Beliau memberitahu wartawan,
"Semasa saya belajar di tingkatan ketiga di sekolah menengah bawah, saya memilih meneruskan pelajaran di sekolah menengah vokasional. Pada ketika itu, terdapat 40 pelajar di kelas saya. Kami belajar membuat apron di sekolah itu. Setelah tamat dari sekolah menengah bawah itu, saya mendapat kerja dengan mudah kerana saya mempunyai kepakaran teknik."
Pegawai Jabatan Sukan Pendidikan Kawasan Shannan encik Dawa berpendapat, pada masa ini, pelajar yang pernah mengikuti kursus pendidikan vokasional, kebanyakannya bekerja dalam bidang pembuatan kraf tangan tradisional etnik Tibet, ini memainkan peranan positif untuk mewarisi dan mengembangkan kebudayaan etnik Tibet. Beliau menyatakan,
"Pelajar yang pernah mengikuti kursus pendidikan vokasional bukan sahaja belajar teknik tradisional, tetapi juga mengembangkan teknik tersebut. Mereka pernah mengadakan kajian tentang kadar, ukuran dan lain-lain sehingga reka bentuk dan warna sulaman yang direka oleh mereka lebih cantik daripada apa yang dibuat oleh pekerja yang lebih dewasa."
Menurut encik Dawa, sistem pendidikan vokasional telah diperkenalkan di kawasan Shannan pada masa ini. Sejak tahun 1993 hingga sekarang, seramai lebih 500 pelajar tamat mengikuti kurus tenunan dan lebih 300 pelajar tamat mengikuti kursus lukisan tradisional di pelbagai sekolah menengah vokasional di kawasan itu. Seramai hampir 80 buruh adalah tamatan kursus tenunan di pelbagai sekolah menengah vokasional di kawasan Shannan sedang bertugas di sebuah kilang permadani yang terkenal di bandar Lhasa Tibet. Apa bila ada penduduk etnik Tibet ingin membina rumah baru, mereka memerlukan kepakaran pelajar yang pernah mengikuti kursus vokasional lukisan untuk mereka bentuk dan menentukan warna hiasan dalaman dan luaran rumah tersebut. Ketua Bahagian Pendidikan Vokasional Jabatan Pendidikan Tbiet encik Deng Guangxing menyatakan,
"Sejak tahun lalu, Jabatan Pendidikan Tibet menyenaraikan pendidikan vokasional dalam agenda perancangan. Pada tahun lalu kerajaan memperuntukkan 10 juta Yuan RMB dan menambah peruntukan sebanyak 15 juta Yuan RMB pada tahun ini untuk membiaya latihan vokasional. Pada masa ini terdapat lebih 8000 pelajar mengikuti kursus latihan di sekolah vokasional di Tibet."
----Ching
|