v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Menjadi Bandar Yang Pertambahan Jumlah Muziumnya Paling Pesat di China
2007-08-17 15:20:35 CRI

Berdasarkan laporan daripada laman web Agensi Berita China, jumlah pendaftaran muzium baru di Beijing telah mencatat rekod dalam sejarah apabila 7 buah muzium baru dirasmikan pada tahun ini. Dalam sidang kerja sektor muzium pada setengah tahun pertama tahun ini yang diadakan pada 14 Ogos yang lalu, Naib Ketua Pengarah Biro Warisan Kebudayaan Bandar Beijing, Shu Xiaofeng menyatakan bahawa Beijing bukan sahaja merupakan bandar yang jumlah muziumnya paling banyak daripada pelbagai bandar lain di China, bahkan juga merupakan bandar yang pertambahan jumlah muziumnya paling pesat di China.

Beliau memaklumkan bahawa sektor muzium telah berkembang dengan pesat di Beijing sejak tahun 1997, dan lebih 40 buah muzium baru telah dirasmikan dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Sehingga penghujung Julai tahun ini, jumlah muzium yang berdaftar di Biro Warisan Kebudayaan Bandar Beijing telah mencatat lebih 140 buah. Dengan itu, setiap 100 ribu orang penduduk Beijing boleh memiliki sebuah muzium dan kada ini telah mencapai taraf negara maju sederhana.

Kini, terdapat 140 buah muzium di Beijing yang melibatkan pelbagai bidang, antaranya termasuk sejarah, sains dan teknologi serta alam, agama dan etnik, adat tradisional, seni bina dan hortikultur, kebudayaan dan kesenian, muzium peringatan revolusi dan tapak peninggalan dan lain-lain.

Muzium swasta telah menjadi komponen utama dalam kesemua muzium yang baru dibuka di Beijing. Kini, jumlah muzium swasta yang telah berdaftar mencapai 20 hingga 30 buah. Antaranya, Muzium Adat Tradisional Beijing Lama Hutong Zhang dan Muzium Papan Peperiksaan Kerajaan Zaman Feudal Beijing merupakan dua buah muzium yang telah didaftarkan pada tahun ini.

Dimaklumkan, taraf koleksi yang disimpan di Muzium Peperiksaan Kerajaan Zaman Feudal Beijing adalah paling tinggi di Beijing sama ada dari segi kualiti mahupun kuantitinya. Jumlah artifak dalam muzium itu yang berkaitan dengan sistem peperiksaan kerajaan zaman feudal China mencapai hampir 300 buah. Sementara itu, Muzium Adat Tradisional Beijing Lama Hutong Zhang telah mempamerkan seni bina di bandar Beijing lama dan adat resam yang di Beijing lama kepada para pengunjung.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |