v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Forum Pemenang Hadiah Nobel Menjadi Tempat Pembelajaran Sains bagi Orang Awam China
2007-09-17 19:38:46 Agensi Berita Xinhua China

Bagi kebanyakan orang awam, teori yang dikuasai oleh pemenang hadiah Nobel merupakan pengetahuan yang paling sukar difahami. Akan tetapi, penduduk Beijing yang menumpukan perhatian kepada Forum Pemenang Hadiah Nobel mendapati bahawa apa yang diperkatakan oleh pemenang hadiah Nobel tidak begitu sukar untuk dimengerti, sebaliknya, forum yang diadakan sekali setahun itu telah menjadi tempat pembelajaran sains bagi orang awam China.

Berdasarkan laporan daripada laman web Agensi Berita Xinhua China, Pemenang Hadiah Nobel tahun 1996 dalam bidang fizik, Profesor Dr. Douglas Osheroff telah melawat ke Sekolah Menengah Anggota Gabungan Universiti Normal Ibu Negara pada 12 September yang lalu dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar sekolah itu. Beliau telah memperkenalkan pengalamannya sendiri dan memberitahu para pelajar tentang kaedah bagi mendekati hadiah Nobel iaitu membuka barang mainan.

Profesor Osheroff amat berbangga dengan pengalamannya semasa zaman kanak-kanak. Minatnya yang mendalam terhadap ilmu fizik telah dibangkitkan setelah beliau membuka hadiah Krismas iaitu sebuah kereta api elektrik kecil ketika berumur 16 tahun. Semangat penyelidikan itulah yang mendorong beliau untuk mengorak langkah ke pentas hadiah Nobel.

Pemenang hadiah Nobel tahun 2006 dalam bidang ekonomi, Professor Edmund S. Phelps lebih memberi perhatian kepada "indeks kebahagiaan" rakyat China.

"Pada pendapat saya, pembangunan ekonomi sesebuah negara harus mengandungi pembangunan rakyatnya ataupun pencapaian harapan bagi semua orang yang menyertai pembangunan ekonomi, dengan kata lain, rakyat dapat menikmati kehidupan yang bahagia," kata beliau.

Professor Edmund S. Phelps berpendapat bahawa penjimatan sumber tenaga dan pengurangan pelepasan pencemaran merupakan satu perkara yang amat penting bagi negara-negara membangun. Menurut beliau, pemindahan kilang Kumpulan Shougang dari Bandar Beijing ke Caofeidian, Provinsi Hebei merupakan satu contoh pendekatan yang amat baik untuk merealisasikan matlamat tersebut, dan harus diperkenalkan di bandar-bandar lain di China. Perusahaan-perusahaan yang banyak menghasilkan pencemaran dipindahkan dari bandar ke tempat yang kesannya lebih kecil. Jika usaha itu dapat diterusnya, persekitaran China akan menjadi lebih kondusif pada 40 hingga 50 tahun akan datang.

Forum Pemenang Hadiah Nobel yang bertemakan "Keharmonian dan Pembangunan Manusia" telah diadakan dua kali di Beijing. Dalam proses pertukaran pendapat dengan pemenang-pemenang hadiah Nobel, minat orang awam China terhadap pengetahuan sains telah dibangkitkan, dan taraf sains mereka juga telah meningkat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |