v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seminar "Pencegahan Penyakit AIDS Melalui Aktiviti Sukan" Perkenalkan Pengetahuan Pencegahan AIDS
2007-09-24 14:39:53 CRI

Berdasarkan laporan daripada laman web Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), seminar "Pencegahan Penyakit AIDS Melalui Aktiviti Sukan" rantau Asia ke-2 telah diadakan di Beijing pada 19 hingga 21 September lalu. Perwakilan daripada kalangan sukan dan kesihatan dari lebih 10 buah negara dan kawasan yang termasuk China, Thailand, Singapura, Mongolia dan Jepun telah menyertai seminar itu.

Kini, lebih 400 ribu orang di pelbagai tempat di dunia telah dijangkiti virus HIV, antaranya termasuk sejumlah atlet dan peminat sukan. Memandangkan hakikat tersebut, pihak IOC telah memutuskan untuk mendorong usaha pencegahan AIDS sejagat melalui aktiviti sukan.

Dalam upacara perasmian senimar tersebut, Naib Pengerusi Jawatankuasa Olimpik China yang juga Naib Menteri Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China, Cai Zhenhua menyatakan bahawa untuk memainkan sepenuhnya peranan sukan, pihak Jawatankuasa Olimpik China telah giat menyahut seruan IOC, menggalakkan sikap positif dalam menjalankan kehidupan dan menyelenggarakan banyak aktiviti sosial yang berfaedah. Kini, pemain pingpong terkenal di China yang juga pemenang 4 pingat emas Sukan Olimpik, Deng Yaping dan pemain bola keranjang terkenal China, Yao Ming masing-masing telah terpilih menjadi utusan pencegahan penyakit AIDS Persatuan Palang Merah China dan utusan pempopularan pengetahuan tentang pencegahan AIDS China.

Dalam seminar tersebut, "Berganding Bahu Mencegah Penyakit AIDS-Buku Panduan Pengetahuan tentang Pencegahan AIDS Kalangan Sukan" edisi bahasa Mandarin yang disusun oleh Program AIDS PBB telah diterbitkan buat pertama kali. Cai Zhenhua menyatakan bahawa buku tersebut akan diedarkan kepada para atlet, pelatih dan pekerja kalangan sukan di China supaya mereka dapat mengetahui lebih banyak pengetahuan tentang pencegahan penyakit AIDS.

Pengerusi IOC, Jacques Rogge dalam perutusan tahniahnya menyatakan,

"Berbanding dengan prihal yang lain, aktiviti sukan dapat mendorong peningkatkan taraf hidup masyarakat dan membawa lebih banyak manfaat kepada manusia. Ini kerana pencegahan penyakit AIDS dan antidiskriminasi merupakan dua bidang yang amat diutamakan ketika menganjurkan sesuatu aktiviti sukan. Selain itu, aktiviti sukan juga boleh membantu kita membina harga diri dan mempelajari kemahiran kehidupan dan pengamalan yang sihat, maka pihak IOC akan berusaha untuk menyertai usaha pencegahan penularan penyakit AIDS."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |