v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pesta Xuedun-Hari Perayaan Tradisional Etnik Tibet yang Amat Menarik

2007-09-28 15:23:11 CRI

Pesta Xuedun dirayakan pada 12 hingga 18 Ogos setiap tahun di Wilayah Autonomi Tibet China. Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet berada dalam suasana yang sungguh meraih, kebanyakan penduduk etnik Tibet dari pelbagai tempat di Tibet akan pergi ke Lhasa untuk menikmati pameran patung Buddha, menikmati Opera Tibet dan makanan yang lazat.

Pesta Xuedun merupakan hari perayaan tradisional di Tibet. Xuedun bermakna majlis jamuan mentega dalam bahasa Tibet, oleh itu, pesta Xuedun juga dinamakan sebagai pesta mentega. Aktiviti pameran patung agama Buddha, menikmati opera Tibet dan pesta taman perayaan akan diadakan dalam tempoh perayaan Pesta Xuedun yang telah bermula sejak pertengahan abad ke-11 Masihi itu. Di samping itu juga lumba lari yak dan pertandingan kemahiran menunggang kuda yang menarik juga akan dipersembahkan ketika itu. Pameran di Biara Drepung yang diadakan di bahagian barat bandar Lhasa itu juga adalah amat meriah dalam tempoh aktiviti tersebut.

Pameran patung Buddha Sakyamoni telah diadakan dalam suasana yang meriah. Kira-kira seratus orang sami telah membentangkan gambar lukisan patung Buddha Sakyamoni yang diperbuat daripada kain sutera yang berwarna-warni dengan diiringi pembacaan nombor prosedur agama Buddha yang meriah di atas lereng bukit di belakang Biara Drepung itu. Pameran patung Buddha itu seluas 500 kilometer yang sama dengan sebuah padang permainan bola keranjang .

Kebayakan penduduk etnik Tibet terlebih dahulu telah membina sebuah khemakh di tempat yang berdekatan dengan Biara Drepung untuk mendapat tempat yang baik bagi menikmati pameran patung Buddha. Semasa gambaran patung Buddha Sakyamoni yang luas itu dibentangkan di atas lereng bukit itu, kebanyakan penganut agama Buddha mulai bersembahyang. Ada pelancong dari tempat yang lain telah mengambil foto untuk merakamkan keadaan yang megah itu.

Seramai kira-kira 180 ribu orang penduduk tempatan, pelancong China dan luar negara telah menghadiri upacara perasmian pameran pesta Xuedun itu. Pelancong dari pelbagai tempat di dunia dapat menikmati keadaan pameran patung Buddha yang berlingkungan besar itu. Jawatankuasa Penganjur Pesta Xuedun telah kerap kali mengadakan aktiviti promosi untuk menarik lebih ramai pelancong asing. Encik Zhaxi Pingcuo berkata bahawa sidang yang memperkenalkan Pesta Xuedun telah diadakan di pelbagai bandar yang besar dan sederhana di China bermula pada tahun yang lalu. Kami telah membuka laman sesawang rasmi pesta Xuedun untuk memperkenalkan isi kandungan tentang pesta Xuedun menerusi lebih 10 buah laman sesawang dalam negara China tahun ini dan pertunjukan kesenian drama Tibet juga telah dipancarkan secara langsung pada bila-bila masa. Kami berusaha untuk berkhidmat kepada penduduk tempatan dan memperkenalkan pesta Xuedun kepada seluruh dunia.

Selepas aktiviti pameran gambar patung Buddha, perayaan pesta Xuedun akan diadakan lagi di Norbulingka Lhasa Tibet. Tempat ini ialah pesta taman perayaan pada musim panas yang disediakan secara khusus untuk ketua agama di Tibet pada masa yang lalu. Di mana-mana terdapat banyak khemah yang berwarna-warni telah didirikan di Norbulingka dan di sekitar kawasan hutan semasa diadakannya perayaan pesta Xuedun itu. Hampir segenap penduduk etnik Tibet yang tinggal di bandar Lhasa itu telah berpindah ke dalam taman yang menghijau itu. Warga tua duduk di atas kusyen yang dibawanya untuk menikmati opera Tibet, berkumpul bersama-sama dengan sahabat dan sanak saudara untuk menikmati mentega dan arak Qingko yang dibuat sendiri oleh mereka.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |