v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

92% Tugas Pengubahan Terhadap Padang Pasir Beijing Telah Diselesaikan
2007-10-04 14:23:02 CRI

Menurut akhbar Beijingribao China, setakat ini, hampir 50 ribu hektar padang pasir di Beijing telah berjaya diubah, dan pengubahan terhadap padang pasir seluas 4765 hektar yang lain akan diselesaikan sebelum tahun 2010. Demikian dimaklumkan oleh wartawan daripada Sidang Pencegahan dan Pengubahan Padang Pasir Bandar Beijing baru-baru ini.

Terdapat 54621 hektar padang pasir di Beijing. Melalui pengubahan, keluasannya telah berkurang tahun demi tahun. Ketua Pengarah Biro Perhutanan Bandar Beijing, Dong Ruilong menjelaskan bahawa sejak Rancangan Lima Tahun ke-11 dilaksanakan, kerajaan bandar Beijing telah melancarkan siri projek pembaikpulihan ekologi, antaranya termasuk projek kawalan punca ribut pasir di Beijing dan Tianjin, projek penanaman pokok di bahagian timur laut, utara dan barat laut China, projek penanaman pokok di pergunungan Taihang dan lain-lain. Setakat ini, 49856 hektar padang pasir di Beijing telah selesai diubah yang menduduki 92% daripada jumlah keseluruhan keluasan padang pasir di bandar itu. Selain itu, tiga penampan ekologi hijau di bandar, kawasan dataran dan pergunungan telah selesai dibina pada asasnya. Dengan itu, kadar liputan hutan di Beijing telah mencapai 51%.

Disebabkan oleh peningkatan kadar litupan tumbuh-tumbuhan di bandar Beijing, kekerapan berlakunya cuaca debu dan pasir, terutamanya ribut pasir telah dikurangkan dengan ketara. Cuaca ribut pasir tidak pernah berlaku di bandar itu sejak tahun 2000.

Serentak dengan itu, kerajaan bandar Beijing juga telah berusaha untuk mengembangkan industri penanaman pokok buah-buahan di kawasan pasir dengan membimbing kaum tani tempatan menanam 134 ribu hektar pokok buah-buahan di kawasan tersebut dan menyelesaian projek penanaman pokok di tanah pertanian seluas 36850 hektar. Dengan itu, pendapatan kaum tani tempatan telah turut meningkat.

Dijangka bahawa pengubahan terhadap padang pasir bandar Beijing akan diselesaikan pada asasnya sebelum tahun 2010. Dan sehingga tahun 2020 ketika tugas tersebut diselesaikan secara menyeluruh, sistem ekologi pencegahan dan pengubahan padang pasir, sistem industri penanaman pokok di padang pasir dan sistem kawalan tanah pasir yang lengkap akan diwujudkan di Beijing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |