v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sektor Penciptaan Kebudayaan dan Perkhidmatan Moden Menjadi Pemangkin Pembangunan Beijing
2007-10-09 18:47:03 Agensi Berita China

Berdasarkan laporan daripada laman web Agensi Berita China, sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan KDNK di Beijing dikeluarkan oleh industri perkhidmatan, dan seramai 71% pekerja di bandar itu sedang bekerja dalam industri perkhidmatan. Dengan itu, Beijing telah mencapai kejayaan yang amat besar dalam bidang pengubahan cara pertumbuhan ekonomi dan penyusunan semula struktur industri.

Kawasan Seni 798 ditubuhkan di sebuah kolang lama yang terbiar yang bersejarah lebih 50 tahun. Kini ia telah menjadi pangkalan sektor penciptaan kebudayaan yang paling menarik perhatian umum di Beijing. Baru-baru ini, Pesta Kebudayaan Kreatif 798 tahun 2007 telah diadakan di kawasan tersebut. Ribuan orang seniman dan pereka telah menyertai pesta itu dengan membawa produk kreatif masing-masing.

Data terkini menunjukkan bahawa kini, jumlah keluaran daripada sektor penciptaan kebudayaan di Beijing telah melebihi 80 bilion yuan RMB, menduduki lebih 10% daripada jumlah keseluruhan KDNK di bandar itu.

Media melaporkan bahawa sektor penciptaan kebudayaan dan perkhidmatan moden telah menjadi dua pemangkin utama bagi industri perkhidmatan Beijing. Naib Presiden Akademi Sains Sosial Bandar Beijing, Doktor Mei Song menjelaskan bahawa nisbah sektor perkhidmatan moden Beijing dalam industri perkhidmatan telah mencapai lebih 70%. Sektor perkhidmatan moden Beijing telah menjadi pemangkin yang mendorong perkembangan industri di seluruh negara China. Kini, pasaran jual beli teknologi yang terbesar di China telah diwujudkan di Beijing, dan kawasan-kawasan yang ekonominya maju seperti Delta Sungai Yangtze dan Delta Sungai Mutiara merupakan pembeli utama teknologi keluaran Beijing. Dengan itu, teknologi dan perkhidmatan Beijing telah berjaya menembusi pasaran di seluruh negara.

Kejayaan tersebut bukan sahaja telah mendorong pembangunan ekonomi Beijing di samping mendatangkan lebih banyak peluang kerja kepada bandar itu, bahkan juga telah membantu Beijing merealisasikan matlamat penjimatan sumber tenaga dan pengurangan pelepasan bahan pencemaran.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |