v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Strategi "Memberikan Keutamaan Kepada Pembangunan Pengangkutan Awam" Bawa Manfaat kepada Penduduk Beijing
2007-10-16 17:12:32 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, kereta api bawah tanah laluan No.5 Beijing telah mula beroperasi pada 7 Oktober yang lalu. Beroperasinya laluan N0.5 yang menghubungkan selatan dan utara bandar raya Beijing itu merupakan hasil terkini daripada pelaksanaan strategi memberikan keutamaan kepada pembangunan pengangkutan awam oleh kerajaan Beijing. Sistem itu akan mempermudah perjalanan penduduk bandar itu.

Memberikan keutamaan kepada pembangunan pengangkutan awam merupakan satu strategi yang ditetapkan oleh kerajaan Beijing untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin serius di bandar itu. Sama ada strategi itu akan berkesan atau tidak bergantung kepada kesediaan orang awam untuk memilih pengangkutan awam sebagai cara perjalanan mereka sehingga mengurangkan penggunaan kenderaan swasta. Maka usaha harus dijalankan untuk membaiki sistem pengangkutan awam supaya membolehkan penduduk Beijing menikmati kebaikan pemilihan pengangkutan awam.

Kini, jumlah kenderaan bermotor di Beijing sedang menambah kira-kira 1000 buah purata setiap hari dan jumlah kenderaan swasta di Beijing juga menduduki tempat teratas di seluruh negara. Bagi kebanyakan orang, tujuan pembelian kenderaan swasta adalah untuk memudahkan perjalanan sendiri.

Untuk menjadikan perjalaanan mereka yang memilih pengangkutan awam lebih lancar, sejak tahun 2004, kerajaan Beijing telah membeli 11 ribu buah bas baru untuk mengganti bas lama. Angka itu menduduki kira-kira 60% daripada jumlah keseluruhan bas di bandar itu. Sebelum penganjuran Sukan Olimpik Beijing tahun 2008, jumlah bas di bandar Beijing akan mencapai 20 ribu buah. Selain itu, kerajaan Beijing juga telah memperuntukkan lebih 10 bilion yuan Renminbi untuk menyempurnakan kemudahan terminal dan rangkaian pengangkutan.

Untuk memastikan perkhidmatan bas lebih laju, laluan yang khusus untuk bas di jalan raya telah disediakan di kawasan bandar.

Melalui tindakan tersebut, jumlah penumpang bas di Beijing harian telah meningkat kepada lebih 10 juta orang daripada 9 juta orang pada masa dahulu. Semakin ramai penduduk bandar itu telah melepaskan penggunaan kenderaan swasta dan memilih pengangkutan awam untuk perjalanan mereka.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |