v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Menjadi Kawasan Yang Berkumpul Dengan Paling Banyak Ibu Pejabat Perusahaan Dalam dan Luar Negara di China
2007-10-24 10:11:49 Agensi Berita Xinhua China

Menurut laporan daripada laman sesawang Agensi Berita Xinhua China, ahli pengkaji daripada Akademi Sains Sosial Beijing, Zhao Hong menyatakan pada 19 Oktober yang lalu bahawa dengan kelebihan yang agak unik dalam bidang sains dan teknologi, tenaga profesional, maklumat serta bidang-bidang lain, Beijing telah menjadi tempat berkumpul utama bagi ibu pejabat dan pusat penyelidikan dan pembangunan pelbagai perusahaan transnasional dari dalam dan luar negara. Dengan itu, ekonomi yang berorientasikan ibu pejabat telah menjadi kekuatan utama yang memangkin pembangunan ekonomi bandar Beijing.

Difahamkan, setakat ini, 42 buah perusahaan transnasional telah menubuhkan ibu pejabat masing-masing di Beijing yang termasuk ABB, Ericsson, Motorola, Samsung, Siemens, Canon, Nestle dan lain-lain. Antaranya, 20 buah telah disahkan oleh Kementerian Perdagangan China. Selain itu, jumlah syarikat pelaburan di Beijing yang mempunyai ciri-ciri ibu pejabat perusahaan transnasional telah mencatat 153 buah, menempati lebih 50% daripada jumlah keseluruhan syarikat pelaburan di China dan menduduki tempat teratas dalam pelbagai bandar pusat seluruh negara. Sementera itu, bilangan pusat penyelidikan dan pembangunan modal asing yang ditubuhkan di Beijing juga telah mencapai 239 buah.

Zhao Hong berkata bahawa sumber ibu pejabat dalam negara yang berwakilkan ibu pejabat kumpulan perusahaan dalam negara merupakan satu lagi kekuatan utama yang mendorong pembangunan ekonomi yang berorientasikan ibu pejabat Beijing. Kini, Beijing mempunyai lebih 160 buah kumpulan perusahaan pusat besar, antaranya 41 buah merupakan kumpulan perusahaan kewangan. Menurut senarai nama "500 Perusahaan Terbesar di Dunia" yang diumumkan oleh majalah "Fortune" A.S. pada tahun ini, 22 buah perusahaan dari Tanah Besar China telah disenaraikan, antaranya 18 buah telah menubuhkan ibu pejabat mereka di Beijing. Dengan itu, Beijing telah menjadi bandar yang berkumpul dengan paling banyak ibu pejabat perusahaan China yang disenaraikan dalam "Fortune 500" di dunia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |