v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Industri GIS China Terus Berkembang Pesat
2007-11-01 14:49:08 Agensi Berita Xinhua China

Menurut laporan laman sesawang Agensi Berita Xinhua China, sebagai komponen penting daripada industri teknologi maklumat (IT), industri Sistem Maklumat Geografi (GIS) China terus berkembang dengan pesat. Kini, GIS telah digunakan secara meluas dalam peta elektronik, pemanduan satelit sistem kedudukan global (GPS), peta dalam telefon bimbit, bumi digital, bandar digital dan lain-lain, dan telah memberi sokongan yang kukuh kepada pembangunan industri maklumat China.

Demikian dimaklumkan oleh wartawan daripada Perhimpunan Pengguna Peta GIS ke-6 yang diadakan di Beijing baru-baru ini. Satu hasil kaji selidik tentang keadaan perkembangan industri maklumat geografi domestik tahun 2006 yang dilakukan oleh Persatuan GIS China menunjukkan bahawa terdapat kira-kira 20 ribu buah perusahaan yang berkaitan dengan GIS di China, antaranya lebih 2 ribu buah merupakan syarikat profesional. Nilai pengeluaran industri itu telah melebihi 40 bilion yuan RMB dan jumlah staf yang bekerja dalam sektor itu telah melebihi 300 ribu orang.

Kini, teknologi GIS terkini China iaitu GIS generasi keempat telah mencapai taraf maju di arena antarabangsa. Penggunaan GIS telah melibatkan bidang wilayah, perlombongan, perlindungan alam sekitar, pembinaan bandar, sumber tenaga serta bidang-bidang lain, dan juga telah memainkan peranan penting dalam bidang-bidang yang berkait rapat dengan orang awam seperti pengurusan kemudahan awam, lalu lintas dan pembekalan tenaga elektrik.

Selain itu, sekumpulan perusahaan cemerlang yang mengusahakan perisian telah muncul di China. Mereka telah berjaya membangunkan perisian platform GIS yang mempunyai hak harta intelek iaitu Peta GIS 7. Usaha itu telah berjaya memecah situasi industri perisian GIS besar China yang sudah lama dimonopoli oleh industri perisian luar negara.

Pengkajian terhadap GIS China juga telah mencapai kemajuan besar dalam bidang pengembangan mata pelajaran, pemupukan tenaga profesional dan penggunaan teknologi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |