v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Projek Pembinaan Rumah Orang Tua Amal Pertama di Beijing Dilancarkan
2007-11-06 15:22:20 CRI

Projek rumah Orang Tua bersifat amal yang pertama iaitu Rumah Orang Tua Antarabangsa Yaoyang Beijing mula dibina di Kampung Gongzhuangzi, kaunti Miyun, kawasan pinggir bandar Beijing oleh Yayasan Palang Merah China.

Timbalan Presiden Yayasan Palang Merah China, Jiang Dan dalam majlis peletakan batu asas projek tersebut telah memperkenalkan bahawa Rumah Orang Tua Antarabangsa Yaoyang Beijing merupakan rumah orang tua ketiga yang disumbangkan oleh Yayasan tersebut di China berikutan bandar Hangzhou dan Yangzhou China. Ini juga adalah program amal yang tidak bertujuan untuk mendapat keuntungan yang dibina bersama oleh Yayasan Palang Merah China dengan Kumpulan Pembinaan Bandar Beijing. Keluasan projek ini mencapai 75 ribu meter persegi dengan menggunakan peruntukan sebanyak 380 juta yuan RMB. Rumah tersebut dapat menampung seramai seribu orang tua.

Jiang Dan menyatakan bahawa selepas rumah orang tua itu selesai dibina, kemudahannya termasuk klinik, kemudahan riadah, kemudahan makan dan hiburan juga akan dibina dalam kawasan kediaman tersebut. Selain itu mereka juga akan mempelawa pakar veteran dari Austrilia untuk mengambil bahagian dalam pengurusannya. Rumah tersebut dijangka dapat digunakan pada tahun 2009.

Jiang Dan berkata bahawa jumlah penduduk orang tua yang berumur di atas 60 tahun di Beijing sudah mencatat 2.024 juta orang sehingga penghujung tahun yang lalu. Tambahan pula antara kesemua orang tua itu terdapat satu perenam orang tua dalam keluarga tanpa anak-anak dan hidup perseorangan. Orang tua semacam itu memerlukan perhatian dan bantuan masyarakat.

Naib Pengarah Tetap Persatuan Palang Merah China, Jiang Yiman dalam majlis peletakan batu asas projek rumah orang tua tersebut telah menyatakan bahawa untuk menangani masalah tersebut. Persatuan Palang Merah China sedang menjalankan pengkajian terhadap cara penyaraan orang tua dari segi dasar politik. Selain itu mereka juga akan mempelajari pengalaman baik di arena antarabangsa untuk meneroka cara baru penyaraan orang tua yang bercirikan China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |