v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Petani dan Penggembala yang Tinggal di Wilayah Autonomi Mengolia Dalam telah Mengamalkan Kehidupan Bahagia

2007-11-09 10:36:59 CRI

Pembinaan perhubungan lalu lintas di Wilayah Autonomi Mengolia Dalam itu telah memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan budaya di kawasan sempadan China, dan telah membaiki kehidupan penduduk etnik minoriti yang tinggal di sana. Pembinaan perhubungan lalu lintas itu juga menguntungkan penduduk tempatan untuk berurusniaga. Penduduk etnik minoriti telah mengamalkan kehidupan yang lebih bahagia daripada masa yang lalu. Encik Li Guiqi, seorang majikan restoran berkata bahawa pembukaan jalan raya juga menguntungkan secara langsung pengurusan restoran makanan kami. Jumlah pelancong dari pelbagai tempat tahun ini telah meningkat berkali ganda daripada tahun yang lalu.

Pelancong dalam dan luar negara dapat berpeluang untuk menikmati keindahan di padang rumput Wilayah Autonomi Mengolia Dalam. Seorang pelancong Beijing, Encik Zhang Qi berkata bahawa perhubungan lalu lintas di kawaswan ini adalah baik sekali. Kami sebagai pelancong dari Beijing berasa sungguh menarik terhadap kemudahan pelancongan di sini.

Demi berkoordinasi dengan rancangan penerokaan secara besar-besaran di kawasan barat yang dianjurkan oleh kerajaan China selepas memasuki abad ke-21 ini, kerajaan Wilayah Autonomi Mengolia Dalam China telah meningkatkan secara menyeluruh pembinaan jalan raya. Encik Hao Jiye, seorang pegawai Jabatan Perhubungan Lalu Lintas Wilayah Autonomi Mengolia Dalam China berkata bahawa lebuh raya yang berjarak kira-kira 800 kilometer akan dibina di Wilayah Autonomi Mengolia Dalam dan sebatang jalan raya kelas A yang berjarak 1600 kilometer akan dibina. Di samping itu juga banyak batang jalan raya akan dibina di desa China. Wilayah Autonomi Mengolia Dalam berjiran dengan 8 buah provinsi China. Projek pembinaan jalan raya itu dapat dilaksanakan scara bessar-besaran di kawasan ini.

Matlamat ini telah diwujudkan oleh para Pembina jalan raya. Jalan raya yang jaraknya paling panjang, kualitinya yang paling tinggi dan jumlah pelaburannya paling banyak telah selesai dibina di Wilayah Autonomi Mengolia Dalam pada tahun 2003. Sebatang jalan raya menandakan kemajuan yang diwujudkan di sebuah kawasan. Rakyat pelbagai etnik Wilayah Autonomi Mengolia Dalam berusaha untuk mewujudkan matlamat pembangunan secara menyeluruh masyarakat kaya.

Sebatang demi sebatang jalan raya telah menyediakan lebih banyak harapan dan kebahagiaan kepada penduduk Wilayah Autonomi Mengolia Dalam dan juga berdekatan dengan kawasan padang rumput dan kawasan yang maju tersebut. Pegawai Jabatan Perhubungan Lalu Lintas Wilayah Autonomi Mengolia Dalam China memaklumkan bahawa sebatang lebuh raya utama dan jalan raya yang bertaraf kelas pertama dari ibu kota Wilayah Autonomi Mengolia Dalam menuju ke pelbagai kaunti dan bandar akan selesai dibina menjelang tahun 2010, jalan raya kelas B dari pelbagai kawasan dan bandar menuju ke pelbagai kauntinya. Kami akan berusaha untuk membina lebih banyak jalan raya di pelbagai perkampungan. Kami yakin bahawa keadaan perhubungan lalu lintas di Wilayah Autonomi Mengolia Dalam dijangka akan berubah menjadi lebih maju, penduduk etnik minoriti tempatan akan mengamalkan kehidupan yang lebih bahagia.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |