v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Projek Pembaikpulihan Jalan Komersial Dashilan Beijing Dimulakan
2007-11-14 15:32:26 CRI

Menurut Agensi Berita Xinhua China, projek pembaikpulihan Jalan Komersial Dashilan Beijing dimulakan baru-baru ini. Jalan Komersial Dashilan akan menjadi tempat perhimpunan kedai lama jenama terkenal dan produk kebudyaan unik serta kawasan pelancongan pemandangan kota purba.

Kerajaan Beijng dan Kerajaan Daerah Xuanwu sudah memperuntukkan sebanyak 9.32 juta yuan RMB bagi projek pembaikpulihan jalan komersial tersebut. Pembinaan jalan dan pembaikpulihan kedai-kedai akan diselesaikan sebelum penghujung bulan April tahun 2008. Projek ini bertujuan untuk menunjukkan keunikan kebudayaan bersejarah dari sector perniagaan di Dashilan melalui pembaikpulihan.

Di samping itu papan panduan bahasa Mandarin dan Inggeris akan diletakkan di pintu masuk tiga laluan, iaitu Jalan Qianmen ke Jalan Dashilan, Jalan Meishi ke Jalan Dashilan dan Jalan Meishi ke Jalan Barat Dashilan. Di pintu timur dan barat jalan Dashilan itu akan diletakkan papan jalan tradisional China. Bumi jalan tersebut juga akan dihiaskan dengan bunga kuno tiruan unuk menyemarakkan Jalan Komersial Dashilan.

Jalan Komersial Dashilan terletaik di selatan Lapangan Tiananmen. Panjangnya lebih kurang 300 meter dan terdapat sebanyak lebih 40 buah kedai di kedua-dua tepi jalan tersebut.

Jalan Komersial Dashilan Beijing mempunyai kelebihan baik dari segi perniagaan tradisional dan pelancongan. Sejumlah besar kedai lama jenama terkenal China sudah lama wujud di jalan komercial tersebut seperti Tong Ren Tang, kedai herba tradisional China. "Dashilan" merupakan jenama terkenal jalan komersial yang penting di Beijing. Terdapat banyak warisan budaya benda dan warisan budaya bukan benda di jalan tersebut.

Reka bentuk bangunan di Jalan Komersial Dashilan bercorak trasional China dan barat. Ini merupakan salah satu keunikan kebudayaan di bahagian selatan Daerah Xuanwu Beijing. Kini terdapat lima jenis reka bentuk bangunan di Jalan Komersial Dashilan, iaitu bangunan China yang trasional, bangunan China tiruan, bangunan campuran corak China dan Barat, bangunan corak asing dan bangunan komersial moden.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |