v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penanaman Ubi Kentang Baiki Kehidupan Kaum Tani di Kawasan Kemarau Bahagian Barat China

2007-11-20 16:10:05 Agensi Berita Xinhua China

Walaupun kemarau serius berlaku pada tahun ini, akan tetapi pendapatan Zhang Burun, seorang petani dari Kaunti Wuchuan, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China tidak terjejas dan telah mencecah kira-kira 30 ribu yuan RMB pada tahun ini. "Semenjak menanam ubi kentang pada tujuh tahun yang lalu, tahap kehidupan saya kian meningkat," katanya. Kini, 90% pendapatan kaum tani di kaunti Wuchuan berpunca daripada penanaman ubi kentang.

China merupakan negara pengeluar ubi kentang yang terbesar di dunia. Menurut statistik, pada tahun lalu, keluasan penanaman ubi kentang di China telah melebihi 5.2 juta hektar. Ubi kentang ditanam di seluruh China, terutamanya di kawasan kemarau bahagian barat China.

Kementerian Pertanian China baru-baru ini menyatakan bahawa China sedang aktif memperkenalkan teknologi penanaman ubi kentang di kawasan kemarau di bahagian barat bagi menjamin keselamatan makanan dan meningkatkan pendapatan petani tempatan. Sekarang, industri ubi kentang telah berkembang dengan pesat di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, Gansu, Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, Sichuan, Guizhou, Yunnan dan lain-lain, dan telah menjadi industri tonggak bagi kesemua tempat tersebut.

Sempena musim tuaian, para petani akan menjual ubi kentang yang besar kepada peniaga sayur-sayuran dengan harga yang lebih tinggi, dan ubi kentang yang kecil akan dijual kepada kilang pemprosesan tepung kanji. Difahamkan bahawa terdapat hampir 5,000 buah perusahaan pemprosesan ubi kentang di China pada masa ini, antaranya terdapat 30 buah yang kapasiti pengeluaran tepung kanji halus 10 ribu tan dan kemampuan pemprosesan tersebut telah mencatat 1 juta tan pada tahun lalu.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, industri ubi kentang di barat China telah menarik perhatian beberapa perusahaan transnasional. Syarikat Pepsi dan J. R. Simplot A.S. serta Syarikat Calbee Jepun telah berturut-turut menubuhkan kilang dan pangkalan penanaman di Mongolia Dalam, Gansu, Ningxia dan Yunnan, manakala makanan segera KFC dan Mcdonalds juga telah membina pangkalan ubi kentang di Ningxia.

Untuk mendorong perkembangan industri ubi kentang, Kementerian Pertanian China telah menetapkan rancangan bahawa menjelang penghujung tahun 2010, keluasan penanaman ubi kentang di China akan meningkat kepada 6.6 juta hektar dan jumlah pengeluaran sehektar akan mencapai 18 ribu kilogram.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |